Thursday, June 7, 2012

Pembangunan Tanah LKTNS

CERIA…Sebahagian ketua-ketua jabatan dan penduduk kampung yang hadir di majlis tersebut.
DERMA…Sapawi menyampaikan sumbangan dua set jersi dan bola kepada Tuboh Kelabit wakil belia dan beliawanis kampung tersebut.
IKHLAS…Sapawi menyampaikan sumbangan kewangan kepada Pastor SIB Kg Iburu Ampahas Layf
SUMBANGAN…Sapawi diperhatikan Oleh Latip dan Jhuavari menyampaikan sumbangan peralatan dapur kepada wakil penduduk di majlis tersebut.

BERUBAH WAJAH…Sebahagian Kawasan bukit dibelakang perkampungan yang terlibat dalam program pembangunan tanah berasaskan kelapa sawit SLDB.

SIPITANG: Program pembangunan tanah Lembaga kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) tidak akan merampas hak penduduk walau seinci tanah.

Perkara itu ditegas sendiri oleh Pengerusi SLDB Datuk Sapawi Ahmad di sini kelmarin.

Beliau berkta program pembangunan tanah yang dilaksanakan oleh SLDB lebih mengutamakan rakyat.

“Kita membantu rakyat mengusahakan tanah dan selepas tempoh tertentu tanah itu akan diserahkan kepada penduduk terbabit,” Katanya pada majlis pemimpin bersama rakyat di Balai kebudayaan Kampung Iburu.

Majlis anjuran Pejabat Parlimen Sipitang dan SLDB turut dihadiri oleh Pengurus Besar SLDB Jhuari Majid, Pegawai Daerah Sipitang Latip Amat, Ketua Wanita PBS Sabah Datuk Jamilah Sulaiman, Penolong Pegawai Daerah Matlin Dullah, Ketua Pegawai Operasi SLDB Azli Teo, Ketua kampung Iburu Yusof Karol dan Pengerusi Pelaksana Tuboh Kelabit.

Sapawi berkta SLDB adalah salah satu agensi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang ditubuhkan untuk membantu rakyat bukan untuk menganiaya rakyat.

Katanya dakwaan pembangkang bahawa tanah rakyat akan dirampas adalah tidak berasas sama sekali.

“Ia adalah fitnah semata-mata mahu mengabui mata rakyat sedangkan apa yang dilakukan oleh SLDB adalah untuk membantu rakyat,” katanya dan mengumunkan bahawa SLDB akan memperkenalkan program pembangunan tanah di kampung tersebut.

Menurutnya program pembanguan tanah ini akan menjadi role-model apabila SLDB akan membangunan tanah seluas enam ribu hektar untuk penanaman kelapa sawit.

Katanya pada peringkat awal SLDB akan mengusahakan kawasan tanah seluas dua ribu hektar di mana penduduk yang menjadi peserta akan diberikan wang pendahuluan sebanyak RM500 dan tidak akan mengeluarkan sebarang modal.

Selepas itu katanya hasil daripada program tanah geran komunal itu, SLDB akan mengambil 60% manakala penduduk atau peserta akan menerima 40%.

“Selepas 30 tahun penyertaan geran tanah komunal akan diserahkan sebagai hak mutlak kepada peserta dan waris,”katanya.

Menurutnya penduduk iburu yang seramai 635 orang akan menikmati hasil usaha yang dilakukan oleh SLDB dengan objektif utama kerajaan membasmi kemiskinan.

Beliau berkata agensi kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) adalah untuk membantu rakyat samada di bandar dan juga di luar bandar.

“Kita yakin dengan program pembangunan tanah yang dilaksanakan oleh SLDB ini, pastinya pembangunan sosio ekonomi penduduk setempat akan meningkat dan sekali gus kemudahan pasarana pembangunan infraktukur seperti bekalan elektrik, air dan jalanraya akan menjadi keutamaan kerajaan untuk dilaksanakan,”Katanya lagi.

Di majlis tersebut Sapawi turut menyumbang dalam bentuk wang kepada 120 orang terdiri warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya

Share |