Monday, June 11, 2012

Seminar Kesedaran Makanan Halal Sipitang

SOKONGAN PADU…Sebahagian pemimpin-pemimpin setempat dan orang ramai yang hadir di majlis tersebut.

DIHARGAI…Sapawi menyampaikan cenderakenangan daripada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UMS Prof Dr Harun Mohd Abdullah di majlis tersebut.

SIPITANG: Lambakan makanan dan kemudahan memperolehinya melalaikan segelintir umat islam.

Ahli Parlimen Sipitang datuk sapawi Ahmad berkata keadaan itu turut mewujudkan sikap tidak kisah di kalangan mereka.

“penjenamaan logo halaj yang mengeliurkan turut melalaikan,”katanya pada seminar kesedaran makanan hab halal di dewan serbaguna sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Timabalan Naib Censellor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof. Dr. Harun Mohd B. Abdullah, Pegawai Daerah Sipitang Latip Amat,Timbalan Pengarah Jheains Sabah Mohamad Sidik Awang Adi, Dekan Sekolah Sains makanan dan pemakanan (SSMP) UMS Prof. Madya Dr. Sharifudin Md Shaarani dan pembentang kertas kerja Pendidikan Kepenggunaan Makanan Halal Prof. Madya Mariam Abdul Latif.

Sapawi berkata tindakan jakim menyeragamkan penjenamaan logo halal banyak membantu umat islam.

Katanya langkah jakim itu semenangnya tepat ketika umat islam dihimpit dengan pelbagai perkara yang mengeliurkan.

Bagaimanapun Sapawi berkata pengawasan masih perlu dilakukan oleh penguatkuasa yang berkaitan.

Katanya pengawasan yang ketat akan dapat menghalang daripada pengusaha yang bersikap tamak dan cuba memalsukan logo halal.

“tindakan tegas perlu dikenakan kerana kita tidak mahu umat islam ditipu dan logo halal dipermain-mainkan,”katanya.

Begitupun Sapawi menegaskan bahawa umat islam sendiri perlu memainkan peranan membantu pihak berkuasa.

Katanya sikap tidak kisah atau tidak peduli tidak harus diamalkan.

“Ketepikan sikap seumpama itu dan umat islam harus bersikap prihatin,”Katanya dan menambah keprihatinan umat islam amatlah diharapkan.

Dalam pada itu Sapawi berharap agar pemimpin setempat tampil membantu menjayakan hab halal serantau dengan adanya kerjasama daripada semua pihak. “Kita menjadikan Sipitang sebagai pusat hab halal serantau dan saya yakin ini boleh dicapai,”katanya lagi.

Menurut Sapawi Lagi, beliau mahu agensi seperti Universiti Malaysia sabah (UMS) dan jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) memaikan peranan dalam menjenemakan dan pelabelan produk halal.

“Memandangkan Sipitang amat terkenal dengan makanan satay, saya mahu ianya dijenamakan serta dilabelkan melalui kerjasama itu.

“Saya percaya Sipitang akan menjadi ‘role model’ hub halal kerana kedudukannya yang amat strategic memandangkan ia menjadi tempat persinggahan pengunjung dari Brunei dan Sarawak.

“Ianya penting bagi memberikan keyakinan kepada pengunjung bahawa produk makanan yang disediakan adalah benar-benar halal dan bersih dari segi pengendalian.

Share |