Monday, July 23, 2012

Tinjau Sekolah Agama Negeri (SAN) Gadong, Beaufort.





TINJAU...Lawatan Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad ke Sekolah Agama Negeri (SAN) Kampung Gadong baru-baru ini bertujuan melihat keadaan bangunan sekolah itu yang dikatakan sudah usang dan tidak selamat untuk gunakan bagi sesi persekolahan di mana Jabatan Kerja Raya telah mencadangkan agar sekolah tersebut dibina baru.


Menurutnya, sekolah itu sudahpun menerima peruntukkan bagi menggantikan bangunan usang lama yang berjumlah RM400,000 lebih untuk sebuah sekolah agama dalam Parlimen Sipitang di bawah peruntukkan Jabatan Perdana Menteri.

Dijangka kerja-kerja memulakan pembinaan SAN tersebut akan dilaksanakan pada tahun ini.
Sapawi yang juga Exco Penerangan Negeri berkata, dengan adanya bangunan baru itu kelak, ia dapat memberikan keselesaan kepada 270 pelajar disamping mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat dan kondusif.
-
SAPAWI sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh Rauf Arsad (kiri) Juruteknik agensi pelaksana projek daripada Jabatan Pembangunan Negeri sambil diperhatikan oleh Guru Besar SAN Gadong Samilin Takari, Pegawai Perhubungan Ahli Parlimen Sipitang Matbali Musah semasa tinjauan tersebut.
Share |