Friday, August 17, 2012

Berbuka Puasa Dan Sumbangan Masjid & Surau Parlimen P.178 Sipitang

ZAKAT…Sapawi menerima wang zakat daripada Pengurus Bank Rakyat Beaufort Faishal Salleh di majlis teresbut.
IKHLAS…Sapawi menyampaikan sumbangan zakat kepada anak-anak yatim daripada Al-Aman Beaufort.
MERIAH…Sebahagian hadirin yang hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.
SUMBANGAN…Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin dan Ahmad menyampaikan sumbangan tabung JKKK bagi Dun Lumadan bernilai RM53 ribu kepada Pemimpin Kemajuan Rakyat Lumadan Ahmad Mumin

CERIA…Kamarlin diperhatikan oleh Sapawi dan Ahmad menerima wang zakat daripada Perbadanan Baitulmal.

BEAUFORT: Anggota Umno dan juga parti komponen Barisan Nasional (BN) diharap dapat menanamkan semangat kesetiaan terhadap perjuangan parti dan juga kepimpinan.

Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata perjuangan Umno dan BN adalah untuk seluruh lapisan rakyat tanpa mengira agama dan juga suku kaum.

“Kesetiaan terhadap perjuangan parti dan juga kepimpinan akan membolehkan kita mengelak daripada terpengaruh dengan apa yang berlaku ketika ini,” katanya pada majlis penyampaian sumbangan kepada masjid dan surau, Zakat Bank Rakyat, Jemaah Haji, Perbadanan Baitulmal dan Tabung Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamtan Kampung Dun Lumadan Di Dewan Kolej Teknik di sini

Katanya keputusan Datuk Lajim Ukin dan Datuk Wilfred Bumburing meninggalkan BN memperlihatkan amalan demokrasi yang subur dan diamalkan oleh BN.

Sambil menyatakan kesedihan dengan keputusan Lajim dan Bumburing, Sapawi memberitahu keputusan mereka perlu dihormati.

“Kita hormat keputusan mereka dan tidak menghalang...ia adalah keputusan mereka tetapi kita sebagai anggota Umno dan BN perlu meneruskan perjuangan parti,” katanya dan menegaskan bahawa sokongan rakyat kepada BN khususnya di Sipitang tidak akan tergugat dengan keputusan kedua-dua mereka.

Beliau juga berkata rakyat juga perlulah bijak dalam membuat sebarang keputusan dan perlu terlebih dahulu membuat penilaian.

Katanya kematangan yang dimiliki oleh rakyat akan membolehkah mereka membuat keputusan yang terbaik.

Menurutnya perjuangan Umno dan BN adalah perjuangan yang ikhlas untuk rakyat sama ada di luar bandar mahupun di bandar.

“Rakyat tetap menjadi keutamaan perjuangan Umno dan juga BN...perjuangan kita bukan untuk individu,” katanya lagi.

Dalam pada itu Sapawi menegaskan bahawa Umno Sipitang akan berdiri teguh di belakang kepimpinan Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak dan Datuk Seri Musa Haji Aman.

Katanya Umno Sipitang akan terus melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh parti dan akan memastikan rakyat tidak terperdaya dengan segala dakyah dan pembohongan parti pembangkang.

“Kita yakin rakyat matang dalam melihat dan seterusnya membuat keputusan kepada situasi tersebut...rakyat tahu bahawa perjuangan Umno dan BN adalah perjuangan yang ikhlas untuk mereka,” katanya lagi.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Timbalan Ketua Umno Sipitang Kamarlin Ombi, Ketua Penerangan Umno Sipitang Ahmad Bujang, Ketua Wanita Umno Sipitang Datuk Surinam Sadikun, Pengurus Bank Rakyat Beaufort Faishal Salleh, Setiausaha Umno Sipitang Alidin Mohamad, Ketua Pemuda umno Sipitang Yamani Hafez Musa dan Ketua Puteri Umno Sipitang Dayang Maimunah Sidek.


Share |