Friday, August 17, 2012

Berbuka Puasa Di Kg Lawa, Beaufort

IKHLAS…Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin menyampaikan sumbangan kewangan kepada salah seorang warga emas di majlis tersebut.
SUMBANGAN…Sapawi dan kamarlin menyampaikan sumbangan penghawa dingin, Kompang, Kerusi, Kompang dan Genertor kepada pengerusi masjid kampung Lawa Jamaludin Musli.

CERIA…Sebahagian penduduk kampung setempat yang menghadiri majlis tersebut.

BEAUFORT: Perpaduan dan persefahaman yang erat mampu menjadikan Parlimen Sipitang sebagai puast perpaduan ummah.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata hasrat itu tidak mustahil tercapai sekiranya umat Islam menitikberatkan perpaduan dan persefahaman yang sedia ada.

"Perpaduan dan persefahaman itu antara lainnya bermaksud mengetepikan segala prasangka, tidak bermusuhan atau berdendam dan saling bermaaf-maafan...segala masalah yang berlaku diselesaikan dengan baik dan kental dengan semangat kekeluargaan," katanya pada majlis berbuka puasa dan usrah di Masjid Kampung Lawa dekat sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Adun Lumadan Kamarlin Ombi, Ketua Pemuda Umno Sipitang Yamani Hafez Musa, Naib Ketua Pemuda Umno Sipitang Matbali Musah, Pengerusi Masjid Kampung Lawa Jamaludin Musli, Ahli Mubarak Moktani Lawi, AJK Umno Sipitang Rafahi Idris dan Vateran Umno Sipitang Samlih Juasin.

Sapawi berkata usaha memastikan umat Islam bersatu padu dan sama-sama mengembangkan syiar Islam tanpa menjejaskan penganut agama yang lain.

Sebaliknya, katanya, umat Islam turut membina perpaduan dengan penganut agama yang lain dan sama-sama memastikan keharmonian serta kemakmuran yang dinikmati tidak ,terjejas.

Sapawi berkata dalam merealisasikan hasrat menjadikan Sipitang sebagai pusat perpaduan, beberapa langkah telah dan akan dilakukan.

Ia termasuklah membawa perubahan dari segi infrastruktur dan pembangunan sumber insan dan menekan penambahbaikan sekolah agama, surau dan masjid, katanya.

Beliau berkata beberapa sekolah agama negeri dan sekolah ugama Islam telah siap dibina dan telah digunakan antaranya di Kampung Naluyan, Lubuk Weston, Lingkungan dan Padas Damit.

"Sekolah agama negeri di Gadong akan dibina semula dan kelulusannya telah diperolehi dibawah agensi pelaksana Jabatan Pembangunan Negeri Sabah," katanya dan menambah kesemua pelaksanaan sekolah tersebut menelan belanja RM3.5 juta.

Menurutnya tumpuan terhadap pembinaan sekolah itu penting kerana negara memerlukan sumber modal insan yang seimbang dalam aspek kerohanian.

Sapawi berkata selain sekolah, sebelas masjid dan surau juga telah dibina sejak penggal pertama beliau menjadi Ahli Parlimen Sipitang.

"Semua ini saya usahakan seperti berjumpa dengan Perdana Menteri bagi mendapatkan kelulusan kewangannya selain daripada peruntukan daripada Kerajaan Negeri," katanya lagi.

Sambil menegaskan bahawa Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan yang mengotakan janji, Sapawi berkata BN juga tetap dan akan terus mengutamakan rakyat.

Katanya rakyat wajar bersyukur kerana mandat yang mereka berikan kepada BN untuk menerajui kerajaan adalah tepat dan satu keputusan yang amat bijak.

Di majlis itu Sapawi dan kamarlin telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada warga emas, Orang Kurang Upaya dan wang zakat serta menyerahkan dua set penghawa dingin dan generator, kerusi dan kompang untuk kegunaan masjid dan penduduk setempat.


Share |