Friday, August 17, 2012

Ihya Ramadan Kampung Karangan Beaufort

BERBUKA PUASA…Sapawi bersama-sama dengan sebahagian penduduk setempat menikmati juadah berbuka puasa di majlis tersebut.
IKHLAS…Sapawi dan Kamarlin menyampaikan bantuan kewangan kepada salah seorang warga emas di majlis tersebut.

SUMBANG…Sapawi diperhatikan oleh kamarlin menyampaikan sumbangan periuk nasi kepada ketua wanita Umno Kg Karangan.

BEAUFORT: Program Ihya Ramadan ternyata memberi khabar gembira buat 500 penduduk islam Kampung Karangan apabila permohonan bagi membina masjid baru kampung itu telah diluluskan.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata peruntukan lebih RM400 ribu bagi membina masjid itu dan Jabatan Pembangunan Negeri Sabah akan menjadi agensi pelaksana.

"Saya telah membawa permohonan bagi membina masjid baru kampung ini dan telah mengemukakannya kepada Perdana Menteri dan ia telah diluluskan segera," katanya.

Beliau memberitahu pembinaan masjid baru itu akan dilakukan di tapak baru memandangkan tapak lama yakni masjid kampung yang ada ketika ini seringkali ditenggelami air apabila hujan lebat.

Katanya kelulusan segera yang diberikan oleh Perdana Menteri itu membuktikan bahawa Kerajaan Barisan Nasional amat peka dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat.

"Kita berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat dan sekaligus membuktikan bahawa apa yang dijanjikan oleh BN tetap dikota," katanya lagi.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Adun Lumadan Kamarlin Ombi, Pegawai Perhubungan Paerimen Sipitang Matbali Musah, Ketua Umno Zon Lumadan Muanam Mujiarto, Pengerusi Masjid Kampung karangan Salleh Tassim, Pengerusi JKKK Kg Karangan Radin Lajim, Ketua Kampung Karang Madi Kasman.

a)

b)

c)

Share |