Thursday, September 20, 2012

Seminar SPM 2012 'Skor A' Beita Harian Anjuran Kelab Taha Tabung Haji

 CERIA...Sapawi  bersama Mohammad, Ismail dan Datin Nurlaila ketika menghadiri majlis perasmian penutup Kelab Taha, Berita Harian ‘Skor’ anjuran Tabung Haji Sabah.
 DIHARGAI...Sapawi menerima cenderakenangan daripada Pengurus Besar Bahagian Khidmat Pelaggan Lembaga Tabung Haji Mohammad Saimi Mat Som sempena majlis tersebut.
 SEMANGAT...Sapawi bersama Mohammad merakamkan kenangan bersama pelajar yang mengikuti program Berita Harian ‘Skor’ anjuran Kelab Taha Lembaga Tabung Haji di Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort 3.
 SERIUS...Sebahagian pelajar serius mendengar ceramah oleh tenaga pengajar di majlis tersebut.
 TAHNIAH...Sapawi diperhatikan oleh Mohammad menyampaikan sijil penyertaan kepada Siti Suzila Abdul Samad mewakili pelajar Sekolah Menengah St. Patrik, Membakut.

BEAUFORT: Kemajuan dan pembangunan yang dicapai oleh negara ini tidak akan bermakna jika rakyatnya masih jauh ketinggalan dalam bidang pendidikan.
            Malah kemunduran dalam pendidikan juga akan menggugat segala nikmati hasil daripada kemakmuran dan keharmonian yang dirasai ketika ini, kata Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi  Ahmad.
            “Apa gunakan kita mencapai kemajuan dan pembangunan jika generasi kita masih jauh ketinggalan dalam pendidikan,” katanya pada majlis perasmian penutup Seminar SPM 2012 ‘Skor’ Berita Harian anjuran Kelab Taha Tabung Haji di Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort 3 dekat sini kelmarin.
            Beliau berkata menyedari pentingnya generasi negara ini turut memiliki ilmu yang tinggi dan setanding dengan pencapaian kemajuan serta pembangunan yang dinikmati, Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menyediakan kemudahan dan prasarana yang terbaik untuk pendidikan.
            Katanya kemudahan dan prasarana itu pula seimbang dengan kemajuan serta pembangunan pendidikan global.
            Ia juga bertetapan dimana kerajaan melalui kementerian pendidikan dalam melancarkan Pelan Pendidikan Nasional 2013-2025 yang ingin sentiasa mengangkat mutu pendidikan negara bertaraf dunia.
Bagaimanapun Sapawi memberitahu kemudahan dan prasarana malah segala usaha kerajaan tidak akan berbaloi jika rakyat masih enggan mempergunakannya dengan sebaik mungkin.
            Katanya kemudahan dan prasarana pendidikan itu perlu dipergunakan sebaik-baiknya oleh golongan pelajar dan tidak membiarkannya.
            Menurutnya Kerajaan BN sentiasa memastikan segala kemudahan dan prasarana yang dsediakan untuk pendidikan sentiasa dipertingkatkan.
            “Semuanya turut diadakan di kawasan luar bandar kerana Kerajaan BN mahu seluruh rakyat dapat menikmatinya dan tiadanya yang akan tersisih,” katanya dan menambah usaha meningkatkan pencapaian pendidikan itu juga dilakukan di negeri ini.
            Barisan kepimpinan negeri yang diketuai oleh Datuk Musa Haji Aman sentiasa mahu agar pencapaian pendidikan negeri ini dapat dipertingkatkan, katanya.
            Sapawi memberitahu usaha itu mendapat sokongan daripada barisan kepimpinan Kerajaan Pusat yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
            “Kita akui bahawa Sabah masih ketinggalan dalam pendidikan tetapi usaha bagi meningkatkan pencapaian itu sentiasa dilakukan dan pelbagai program telahpun dilaksanakan,” katanya lagi.
            Sambil melahirkan rasa bangga dengan penglibatan sektor swasta dalam usaha meningkatkan pencapaian pendidikan di negeri ini, Sapawi memberitahu sokongan itu perlulah juga diperlihatkan oleh kalangan ibu bapa.
            Menurutnya ibu bapa perlu berusaha menanamkan minat di kalangan anak-anak agar mereka membesar dengan tekad untuk berjaya dalam pendidikan.
            Sehubungan itu, Sapawi mencabar ibu bapa agar berusaha melahirkan seorang graduan dalam keluarga masing-masing.
            Katanya sudah tentu membanggakan jika sesebuah keluarga memiliki lebih daripada satu anak yang bergelar graduan.
            Seramai 278 orang daripada 15 buah sekolah yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun telah menghadiri program tersebut.
Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Pengurus Besar Bahgaian Khidmat Pelanggan Lembaga Tabung Haji Mohammad Saimi Mat Som, Pengarah Lembaga Tabung Haji Sabah Datin Nurlaila Said, Wakil Pegawai Pelajaran Beaufort Ismail Awang Damit, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort 3 Roslinah Suhailin dan Pengurus Besar Lembaga Tabung haji Beaufort Sahrulnizam Abu Bakar
Beliau mencadangkan syarikat-syraikat besar memperuntukan sumbangan sosial (CSR) sebahagiannya bagi membantu atau menekan  program-program yang  berkaitan pendidikan
“Kita mahu mereka turut serta dalam merealisasikan agenda pendidikan yang yang menjadi utama kerajaan seperti yang dimainkan oleh Lembaga Tabung Haji dalam membantu pelajar-pelajar memperolehi keputusan yang cemerlang dalam semua peperiksaan utama.
“Kita juga mengakui sokongan program seperti kurang mendapat sokongan agensi koparat seperti mana yang dilakukan oleh Lembaga Tabung Haji.” Katanya lagi.





Share |