Sunday, November 4, 2012

Larian 1 Malaysia 'Sihat dan Cergas' Di Esplanade Sipitang.

 SENAMAN…Sapawi bersama Kamarlin dan Ahmad bersama penduduk setempat sedang melakukan senaman di majlis tersebut.
 SAMBUTAN HANGAT….Sebahagian peserta larian sihat sedang belari di majlis tersebut.
 BERTUAH…Sapawi diperhatikan Kamarlin dan Ahmad menyampaikan hadiah kepada peserta bertuah di majlis tersebut.


SIPITANG: Kemajuan dan pembangunan negara tidak akan bermakna jika kerajaan mengabaikan pembangunan kesihatan.
            Ahli Parlimen Sipitang Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad berkata Kerajaan Barisan Nasional tidak hanya menumpukan kepada soal pembangunan dan kemajuan semata-mata tetapi turut mengutamakan pembangunan kesihatan.
            “Pembangunan kesihatan turut penting seperti pembangunan pendidikan dan ilmu dan komitmen kerajaan terhadap kesihatan amat jelas dilihat menerusi Bajet 2013 negara yang dibentangkan akhir bulan lalu,” katanya pada program Larian 1 Malaysia `Sihat dan Cergas’ di Esplande di sini kelmarin.
            Menurutnya kerajaan juga sentiasa memastikan rakyat negara ini terus menikmati kemudahan kesihatan yang terbaik.
            Beliau berkata pelbagai program yang berkaitan dengan kesihatan telah dilaksanakan termasuklah juga mewujudkan pelbagai klinik seperti klinik 1 Malaysia untuk rakyat.
            “Kita sedar akan pentingnya kesihatan dan kerana itu kerajaan akan sentiasa berusaha memastikan pembangunan kesihatan di negara ini terus berkembang maju dan dapat dinikmati oleh rakyat,” katanya lagi.
            Program Larian 1Malaysia 'Sihat Dan Cergas' 2012 anjuran Kementerian Belia Dan Sukan Sabah dan Pejabat Daerah Sipitang di dataran Esplanade, baru-baru ini.
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lumadan, Datuk Kamarlin Ombi; Adun Sindumin, Ahmad Bujang dan Pegawai Daerah Sipitang, Latip Amat.
            Sehubungan dengan itu Sapawi melahirkan harapan agar rakyat mempergunakan segala kemudahan kesihatan yang disediakan oleh kerajaan.
            “Kita mahu rakyat menikmati kemudahan kesihatan yang disediakan oleh kerajaan dan usah dengar apa yang dikatakan oleh pembangkang yang hanya menabur pembohongan,” katanya lagi.


Share |