Monday, November 19, 2012

Majlis Penyampaian Sijil Tadika/Taska KEMAS Parlimen Sipitang.

 SEMANGAT…Persembahan koir guru dan kanak-kanak Tadika/Taska KEMAS yang menyanyikan lagu patriotic di majlis tersebut.
 MERIAH…Sebahagian ibubapa yang menghadiri majlis tersebut.
 TANGKAS…Persembahan khas kompang berirama kanak-kanak Tadika/ Taska KEMAS memukau hadirin yang hadir di majlis tersebut.
 TAHNIAH…Sapawi diperhatikan oleh Zamri (kiri) dan Manan (kanan) menyampaikan hadiah pelajar cemerlang daripada Tabika SFI Sipitang
 CERIA….Sapawi bersama tetamu jemputan dan  ibubapa  menyanyikan lagu-lagu patriotik di majlis tersebut

SIPITANG: Pembangunan dan kemajuan pendidikan di negara ini sudah tentu tidak akan bermakna jika ibu bapa masih mengamalkan sikap tidak kisah.
            Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata ibu bapa wajar meletakkan pendidikan sebagai agenda paling penting dan utama.
            “Perubahan sesebuah keluarga bergantung kepada pencapaian pendidikan generasinya...keluarga yang pentingkan pendidikan sudah tentu akan menikmati kehidupan yang selesa dan lebih baik berbanding dengan hari ini,” katanya pada majlis penyampaian sijil tabika dan taska Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Sipitang di sini kelmarin.
            Seramai 242 kanak-kanak daripada 45 tabika dan taska KEMAS dalam Parlimen Sipitang menerima sijil yang turut disampaikan oleh Sapawi.
            Sapawi memberitahu Kerajaan Barisan Nasional (BN) meletakkan pendidikan sebagai agenda yang paling penting kerana mahukan generasi masa depan negara adalah generasi yang maju dan membangun.
            Katanya dalam mempastikan hasrat itu tercapai, kerajaan sentiasa berusaha mempertingkatkan kemajuan dan pembangunan pendidikan.
            Menurutnya usaha itu termasuklah untuk anak-anak yang mendapat didikan pada peringkat tadika dan juga taska.
            Beliau memberitahu kerajaan juga mahu agar setiap kanak-kanak pada hari ini turut dapat menikmati pendidikan pada peringkat tadika dan juga taska.
            “Selain KEMAS yang telah mewujudkan tabika dan taska, kerajaan juga telah memperkenalkan prasekolah...semua ini adalah untuk memastikan tiada lagi kanak-kanak yang tidak mendapat pendidikan awal,” katanya lagi.
            Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Pengarah KEMAS Negeri Zamri Bin Muhamad, Pegawai Daerah Sipitang Latip Amat, Pengerusi Taska/Tadika KEMAS Parlimen Sipitang Manan Katak, Pegawai KEMAS SIpitang Hasbullah Abdul Hamid dan Penyelia KEMAS Parlimen Sipitang Aminah Ghapar.
            Sapawi memberitahu meskipun telah mewujudkan prasekolah, namun tadika dan taska KEMAS masih tetap relevan.
            “Keperluan tadika dan taska KEMAS masih diperlukan dan kerajaan sendiri sentiasa memastikan pelajaran kanak-kanak di tadika dan taska KEMAS dipertingkat dari masa ke semasa,” katanya dan menambah tadika dan taska kerajaan tetap menjadi pilihan rakyat.





Share |