Monday, November 19, 2012

Malam Mesra Bilik Berita (BES) RTM Kota Kinabalu.


 BERTUAH…Sapawi diperhatikan oleh Pengarah Jabatan Penyiaran Sabah Jalani Mahmud dan Ketua Unit Bilik Berita dan Hal Ehwal Semasa (BES) Kota Kinabalu Francis Fahir menymapaikan hadiah utama cabutan tiket bertuah Samsung Galaxy Note II kepada Rosita di majlis tersebut.
KOTA KINABALU: Radio Televisyen Malaysia (RTM) mampu bergerak seiring dan bersaing dengan stesen tv swasta dengan kesungguhan dan komitmen dalam melaksakan tanggungjawab.
          Exco Penerangan Negeri Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata RTM merupakan medium terbaik kerajaan dalam menyampaikan maklumat sebenar kepada rakyat.
          "Sebagai medium menyebarkan dan menyampaikan maklumat tepat dan yang benar kepada rakyat sudah tentu kita berharap RTM akan lebih berdaya maju, mampu bersaing dengan mana-mana stesen...kita yakin dengan RTM," katanya pada malam mesra bilik berita dan ehwal semasa RTM Sabah di sini kelmarin.
          Beliau berkata dengan memperolehi maklumat yang tepat dan benar, sudah tentu rakyat akan memahami dasar serta perancangan malah perencanaan kerajaan.
          Katanya rakyat akan mengetahui usaha kerajaan dalam berusaha memaju dan membangunan negeri ini sama ada di bandar mahupun di luar bandar.
          Menurutnya kehadiran stesen swasra dan stesen stelait berbayar merupakan cabaran kepada RTM untuk terus menjadi penyampai maklumat terbaik kepada rakyat.
          "Kesungguhan dan komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab mampu mengekalkan RTM sebagai penyalur maklumat terbaik kepada rakyat," katanya lagi.




Share |