Monday, November 19, 2012

Zairah Mantan Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin.


TIDAK DILUPA...Majlis perkahwinan di Kampung Guruh-Guruh Sipitang tidak menghalang Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad untuk menziarahi mantan wakil Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin, Haji Karim Haji Tassim.
            Ziarah Sapawi di kediaman Haji Karim, 69, itu dilakukan selepas beliau menghadiri majlis perkahwinan anak Haji Bahrin Yaakub di Kampung Guruh-Guruh Sipitang.
            Haji Karim menjadi Pemimpin Kemajuan Rakyat sewaktu Sapawi menjadi wakil rakyat Sindumin diserang penyakit ahmar sejak empat tahun lalu dan pada ziarah itu Sapawi yang ditemani oleh Ahli Jawatankuasa Umno Sipitang Ramli Awang Said mendoakan agar Haji Karim akan sembuh.
            Kelihatan Sapawi diperhatikan oleh Ramli berbual mesra dengan Haji Karim pada ziarah tersebut.



Share |