Saturday, February 9, 2013

Bantuan Awal Persekolahan RM100 Di SK Gadong, Beaufort.




BEAUFORT: Hanya rakyat negara ini yang menikmati pelbagai bantuan daripada kerajaan yang begitu prihatin dan sentiasa menepati janji.
            Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah dilakukan oleh mana-mana kerajaan di negara lain.
            "Kerajaan BN bukan kerajaan yang membohongi rakyat tetapi BN adalah kerajaan yang bukan sahaja prihatin terhadap rakyat malah sentiasa berusaha untuk memastikan rakyat terus sejahtera, harmoni dan makmur," katanya pada majlis penyerahan bantuan khas persekolahan RM100 bagi pelajar Sekolah Kebangsaan Gadong di sini kelmarin.
            Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Adun Lumadan datuk Kamarlin Ombi, Pegawai pelajaran Beaufort Salleh Eddris dan Guru Besar S.K Gadong Maaruf Juslim.
            Sapawi memberitahu apa yang dilakukan oleh BN kepada rakyat juga tidak mampu dilakukan oleh pembangkang.
            Katanya pembangkang sebenarnya yang suka membohongi rakyat dan sentiasa menabur pelbagai janji yang tidak pernah untuk ditunaikan.
            Menurutnya rakyat negeri ini boleh melihat dengan apa yang berlaku di beberapa buah negeri yang dikuasai oleh pembangkang.
            Beliau berkata rakyat negeri itu telah ditabur pelbagai janji oleh pembangkang "namun sehingga sekarang janji itu tidak ditunaikan dan sebaliknya mereka telah ditaburkan lagi dengan pelbagai janji."
            "Rakyat yang bijak sudah tentu akan mengekalkan BN sebgai kerajaan kerana BN sudahpun membuktikan kemampuan yang sebenar...jangan kita dikelirukan kan dan dipergunakan oleh pembangkang yang sebenarnya berjuang untuk kepentingan diri mereka sendiri dan bukannya untuk rakyat," katanya.
            Beliau memberitahu bantuan khas RM100 itu adalah sebahagian daripada bantuan yang diberikan oleh kerajaan untuk meringankan bebanan rakyat dan memastikan tiada generasi akan terhalang daripada menikmati pendidikan.
            Selain menikmati bantuan RM100, katanya, pelajar menengah tinggi dan institusi pengajian tinggi akan menerima BB1M (baucar buku 1 Malaysia).
            "Semua ini adalah kerana kerajaan BN mahu agar generasi muda terus menikmati pendidikan dan menggilap kemahiran dalam pendidikan," katanya.
            Beliau juga berkata rakyat pula yang berpendapatan dibawah RM3,000 pula akan menerima BR1M (bantuan rakyat 1 Malaysia) yang akan diberikan tidak lama lagi.
            "Inilah kerajaan BN yang bukan sahaja prihatin terhadap rakyat tetapi kerajaan yang sentiasa menepati janjinya untuk rakyat," katanya lagi.


Share |