Saturday, February 9, 2013

Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 Di S.K Lubang Buaya, Sipitang.

 PRIHATIN…Sapawi begitu prihatin mendengar permasalahan ibubapa pelajar di majlis tersebut.



 BANTUAN…Sapawi diperhatikan Oleh Adnan dan Birly menyampaikan bantuan khas awal persekolah RM100 kepada salah seorang pelajar di majlis tersebut.

SIPITANG: Pemberian bantuan khas awal persekolahan bukan dibuat disebabkan pilihan raya umum semakin hampir.
            Sebaliknya, kata Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad, pemberian itu dibuat kerana Barisan Nasional (BN) mahu memastikan tidak akan ada lagi generasi muda akan tercicir daripada menikmati pendidikan.
            “Matlamat dan tujuan utama pemberian bantuan ini adalah kerana BN mahu membantu rakyat bagi memastikan anak-anak mereka bersemangat untuk menjalani persekolahan dan seterusnya berusaha mencapai pendidikan yang terbaik,” katanya pada majlis penyampaian bantuan khas awal persekolahan Sekolah Kebangsaan Lubang Buaya di sini kelmarin.
            Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Wakil Pegawai Pelajaran Sipitang Adnan Othman, Guru Besar S.K Lubang Buaya Birly Johnny.
            Katanya BN amat mengutamakan pembangunan dan kemajuan pendidikan dan akan memastikan tiada lagi generasi yang tidak berpeluang untuk menikmati pendidikan.
            Menurutnya pembangunan dan kemajuan pendidikan akan terus menjadi agenda utama dan pada masa yang sama BN juga sentiasa menyedari keperluan rakyat.
            Selain bantuan tersebut, katanya, BN juga telah mengadakan pelbagai bantuan dan semuanya adalah untuk rakyat.
            Beliau berkata BN bukan pembohong sebaliknya berjuang untuk memastikan kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran untuk rakyat.
            Katanya pemberian itu juga adalah bukti kepada rakyat bahawa BN melakukan apa yang terbaik untuk rakyat.
            Menurutnya perjuangan BN yang ikhlas adalah untuk rakyat dan bukannya untuk memenuhi kehendak serta keinginan seseorang seperti yang dilakukan oleh pembangkang.
            Beliau memberitahu bantuan khas awal persekolahan itu akan diteruskan pada masa akan datang.
            “Jika rakyat terus mengekalkan sokongan dan terus meletakkan BN sebagai kerajaan, bantuan seumpama ini akan terus diadakan dan begitu juga dengan bantuan-bantuan yang lain,” katanya lagi.
            Sapawi berkata BN bukan seperti pembangkang yang banyak menabur janji dan juga menabur pelbagai pembohongan.
            Katanya pembangkang sebenarnya mahu mengajak rakyat untuk menikmati kehidupan yang susah, ketinggalan dan terus mundur.
            “Rakyat boleh menilai apa yang diperjuangkan oleh pembangkang sebenarnya...perjuangan pembangkang bukan untuk rakyat sebaliknya mahu menunaikan hasrat dan impian seseorang,” katanya lagi.

           

Share |