Saturday, February 9, 2013

Bicara Rakyat



     BICARA RAKYAT…Sapawi bersama Azizah dan Madius sedang ditembual oleh pengantara Syed Munawar dalam program RTM Bicara Rakyat.



          MINAT…Sebahagian hadirin yang menghadiri program tersebut.



     DIHARGAI…Sapawi diperhatikan oleh Azizah dan Madius menerima cenderakenangan daripada Pengarah JASA Sabah Manap Lakariba di majlis tersebut.



     CERIA…Adun Lumadan Datuk Kamarlin Ombi dan Adun Kuala Penyu John Teo bersama pegawai-pegawai kerajaan yang menghadiri majlis tersebut.


KUALA PENYU: Kehadiran Umno di Sabah membawa era baru kepada negeri ini dari segi politik, ekonomi dan pembangunan.
Ketua Penerangan Umno Sabah, Datuk Sapawi Ahmad, berkata menerusi Umno yang menunjangi kerajaan Barisan Nasional (BN), politik menjadi stabil, kukuh dan mantap.
"Manakala ekonomi membugar subur dan pembangunan berkembang pesat yang memakmurkan rakyat keseluruhannya," katanya dalam program Bicara Rakyat dengan tajuk Sabah: Apa Rakyat Dapat? menerusi rakaman RTM di sini kelmarin.
Selain Sapawi, rancangan yang dikendalikan pengacara Syed Munawar itu turut disertai Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal-Ehwal Pengguna, Datuk Azizah Mohd Dun dan Setiausaha Agung UPKO Sabah Datuk Madius Tangau.
Ketika menghurai lanjut, Sapawi yang juga Ahli Parlimen Sipitang berkata kestabilan politik dirasai selepas Umno mengembangkan sayap ke Sabah pada 1991 apabila putaran politik `pendulum' iaitu putaran kerajaan setiap dua penggal atau sekitar 10 tahun telah berakhir.
Sebelum kedatangan Umno, katanya, pebagai peristiwa politik berlaku dan menjejaskan kestabilan dan keharmonian.
"Dahulu selera politik kebanyakan orang tidak bersandarkan kepada ideologi, fahaman dan perjuangan. Mereka lebih kepada citarasa, sebab itu mereka mudah menukar pemimpin macam menukar baju, memilih kerajaan macam memilih baju," katanya.
Ini, katanya, menyebabkan rakyat terhimpit dan terjerumus dalam kancah politik sempit kesukuan, perkauman dan kenegerian, yang sebenarnya tidak menguntungkan dalam sebuah negara bangsa merdeka di bawah bumbung Kerajaan Persekutuan.
"Tapi alhamdullilah, semenjak Umno bertapak dan menunjangi kerajaan BN pada tahun 1991, cahaya ketenangan dan keamanan mulai bersinar.
"Umno dan BN berjaya memperkenalkan politik pembangunan, kesederhanaan, kesamarataan dan kesaksamaan, berpaksi prinsip perkongsian kuasa dan amalan setiakawan yang menjadi teras gagasan BN ini.
"Inilah rahmat diperolehi rakyat dan negeri Sabah, inilah yang kita dapat daripada berpayung di bawah bumbung pemerintahan berkerajaan Persekutuan.
"UMNO dan BN menjambatani (menjadi jambatan penghubung) politik nasional merentasi Laut China Selatan," katanya.
Dari segi ekonomi, Sapawi berkata ekonomi Sabah tumbuh segar kerana adanya Halatuju Kemajuan dan Pembangunan Negeri yang dirangka kerajaan.


Menurutnya, perbezaan Sabah dengan negeri-negeri lain, kita mempunyai koridor pembangunan sendiri, iaitu Koridor Pembangunan Sabah (SDC) yang berfokus mengikut wilayah/potensi di sesebuah kawasan.
Beliau juga berkata unjuran Miti turut meletakkan Sabah sebagai negeri kedua tertinggi berjaya menarik pelaburan langsung asing (FDI).

"Ekonomi Sabah terus membugar di bawah lindungan pimpinan Kerajaan Pusat. Ia terhasil kerana wujudnya hubungan baik antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat, tidak seperti negeri-negeri yang dikuasai pembangkang di Semenanjung.
"Kalau wujud hubungan erat antara KK dan KL, maka penyaluran peruntukan untuk pembangunan akan dapat dipermudahkan lagi," katanya.
Manakala dari segi pembangunan, Sapawi menghuraikan ia cukup jelas dapat dilihat, paling ketara penubuhan Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Beliau juga brkata paqda tahun ini (2013) Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan RM2.98 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan di Sabah.
Peruntukan itu termasuk bagi melaksanakan projek meningkatkan bekalan elektrik sejumlah RM400 juta, projek bekalan air bersih RM150 juta dan RM31.3 juta bagi pembinaan jalan perhubungan desa.
Projek Agropolitan Kota Belud-Pitas juga akan dibangunkan dengan peruntukan RM66 juta selain projek perumahan rakyat di Putatan dan Sandakan sebanyak RM65 juta.
Projek lain termasuk pembinaan Loji Air di Semporna (RM30 juta), Kolej Komuniti Tambunan dan Institut Pendidikan Guru Kampus Tuaran (RM32 juta) dan pelbagai projek kesihatan.

Sapawi turut mengulas mengenai manfaat timbal-balas royalti minyak yang dinikmati negeri Sabah.
Katanya, cadangan dan janji pembangkang menaikkan royalti minyak dari 5 peratus kepada 20 peratus jika dapat membentuk kerajaan tidak relevan.
Ini memandangkan Sabah menerima peruntukan lebih besar daripada Kerajaan Pusat untuk pembangunan.
"Sabah menerima peruntukan terbesar Kerajaan Pusat menerusi Rancangan Malaysia dan Belanjawan tahunan secara konsisten. Sebagai contoh, Sabah menerima RM20.3 bilion sepanjang pelaksanaan RMKe-9 daripada peruntukan keseluruhan RM230 bilion, selain mendapat RM10.7 bilion daripada RM98.5 bilion menerusi Pelan Pusingan Pertama RMKe-10. Kedua-duanya adalah peratusan tinggi buat Sabah," katanya.
Ends


Share |