Saturday, February 9, 2013

Belia Kg. Lago, Beaufort.

 INTIM…Sapawi bersalaman dengan sebahagian para belia Kampung Lago di majlis tersebut.
  JOHAN…Sapawi menyampaikan hadiah kepada johan pertandingan karaoke di majlis tersebut.
 MERIA…Sebahagian penduduk setempat yang menghadiri majlis tersebut.
 TAHNIAH…Sapawi menymapaikan hadiah kepada wakil pasukan terbaik di majlis tersebut.


 BERTUAH…Sapawi menyampaikan hadiah utama cabutan pengunjung bertuah kepada Anuar Mat Sarudin di majlis tersebut.



BEAUFORT: Pamer dan perlihatkan kebijaksanaan yang dimiliki dengan menolak daripada dipergunakan, dikelirukan dan diperalatkan.
            Nasihat itu dilontarkan oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad kepada golongan belia ketika merasmikan Kejohanan Sepak Takraw dan sambutan Tahun Baru 2013 Kampung Lago dekat sini kelmarin.
            Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Ketua Daerah Lumadan Junli Yusuf, Pegawai Perhubungan Parlimen Sipitang Matbali Musah, Pemaju Mukim Lumadan Billeh Untol, Pengerusi Penganjur Maslan Atik,  dan Ketua PBS Lumdan Roslan Muharam.
            Sapawi memberitahu golongan belia perlu memperlihatkan kebijaksanaan yang dimiliki dengan menjadikan diri mereka sebagai golongan yang bukan mudah untuk diperdaya dan dipengaruhi.
            Menurutnya kebijaksanaan itu boleh diperlihatkan dengan cara berfikir, membuat penilaian dan penelitian sebelum menerima ajakan pihak tertentu bagi melakukan sesuatu yang boleh memusnahkan masa depan sendiri.
            "Bijaklah berfikir dan membuat keputusan kerana golongan belia ketika ini menjadi sasaran pihak pembangkang bagi menjadi barisan hadapan menentang kerajaan menerusi demontrasi," katanya dan menambah apa yang dilakukan oleh golongan belia itu sebenarnya hanya untuk memenuhi keinginan dan kehendak pemimpin tertentu pembangkang.
            Beliau memberitahu golongan belia yang menjadi sasaran itu termasuklah golongan pelajar "kerana pembangkang beranggapan bahawa golongan ini adalah golongan yang mudah untuk dipergunakan, dikelirukankan dan diperalatkan."
            Katanya golongan belia termasuklah pelajar boleh membuat penilaian dan penelitian terhadap apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional.
            "Kerajaan BN tidak pernah mengabaikan pembangunan dan kemajuan golongan belia sama ada daripada aspek sukan, sosial dan juga pendidikan.
            "Malah Kerajaan BN juga tidak bersikap mempergunakan, mengelirukan dan memperalatkan golongan belia sebaliknya kerajaan sentiasa berusaha membantu menggilap bakat serta kemahiran yang dimiliki," katanya dan menambah usaha yang dilakukan oleh Kerajaan BN itu merangkumi seluruh golongan belia sama ada di bandar mahupun di luar bandar.
            Bagi Kerajaan BN, katanya, golongan belia negara ini adalah golongan yang perlu dibantu agar golongan ini dapat mempamerkan serta memperlihatkan kebijaksanaan yang mereka miliki.
            Menurutnya pembangkang tidak pernah mahu memikirkan tentang masa depan golongan belia selain hanya memikirkan untuk mempergunakan, mengelirukankan dan memperalatkan golongan itu.
            "Hakikatnya pembangkang melihat golongan belia adalah golongan tidak memiliki apa-apa dan ianya berbeza dengan Kerajaan BN yang meletakkan golongan belia sebagai aset penting," katanya lagi.



Share |