Saturday, February 9, 2013

Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 Di Pekan Weston, Beaufort.

 SOKONGAN…Sebahagian ibubapa dan pelajar yang menghadiri majlis tersebut.
 CERIA…Sapawi dan Kamarlin bersalaman dengan ibubapa dan pelajar sekolah yang menghadiri majlis tersebut.
 SERAH…Sapawi diperhtaikan oleh Kamarlin menyampaikan bantuan khas awal persekolah kepada wakil guru S.K Lubok, Weston di majlis tersebut.


  BANTUAN…Sapawi bersama Kamarlin diperhatikan oleh Ali menyampaikan bantuan khas awal persekolahan RM100 kepada salah seorang murid di majlis tersebut.

JADILAH RAKYAT BIJAKSANA: SAPAWI

WESTON: Rakyat yang bijak tidak akan menukar Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan tidak akan menggadaikan masa depan untuk menyokong pembangkang.
            Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata apa yang dinikmati oleh rakyat ketika ini adalah hasil usaha yang diperjuangkan oleh BN.
            "BN menunaikan mandar yang diberikan oleh rakyat dan menyediakan pelbagai kemudahan termasuklah bantuan kepada rakyat tanpa mengira anutan agama dan kaum," katanya di sini.
            Sapawi berkata demikian pada majlis penyampaian bantuan khas awal persekolahan RM100 kepada 500 pelajar Sekolah Menengah Weston dan Sekolah Kebangsaan Weston kelmarin.
            Katanya bantuan yang diberikan oleh BN adalah menyeluruh di mana rakyat dapat menikmatinya.
            Untuk pelajar, katanya, bukan hanya RM100 tetapi BN juga menyediakan bantuan baucer buku, kad disakun dan bantuan tersebut membuktikan bahawa BN mengotakan apa yang dijanjikan kepada rakyat.
            Menurutnya bantuan tersebut juga memperlihatkan kepada rakyat bahawa BN turut mengutamakan pembangunan dan kemajuan pendidikan.
            "BN tidak bercakap kosong dan rakyat tahu apa yang telah dilakukan oleh BN...kita tidak mempergunakan pelajar atau generasi muda untuk kepentingan peribadi.
            "Tetapi berbeza dengan pembangkang yang bukan sahaja menghasut dan melontarkan pelbagai macam pembohongan tetapi turut memperalatkan pelajar serta generasi muda," katanya.
            Beliau memberitahu BN menunaikan mandat rakyat dengan amanah di mana kepentingan serta keperluan rakyat menjadi keutamaan.
            Katanya BN juga sentiasa berusaha untuk membantu rakyat dengan mengatasi masalah yang mereka hadapi dan tidak membiarkan masalah itu berpanjangan.
            "Rakyat tidak perlu gusar kerana memang ada masalah yang masih belum dapat diatasi tetapi BN tidak akan membiarkan masalah itu berpanjangan," katanya.
            Sebagai contoh, katanya, jalan aspal daripada Beaufort ke Weston adalah bukti terbaik kepada rakyat untuk menilai apa yang dikotakan oleh BN.
            Menurutnya jalan tersebut suatu masa dahulu adalah jalan gravel "tetapi dinaiktaraf oleh BN dengan mengaspalkannya dan nikmatnya dirasai oleh rakyat.
            Beliau berkata bukan itu sahaja, Weston juga telah mula mengalami perubahan di mana pelbagai masalah telah dapat diselesaikan.
            "Inilah bukti bahawa BN tidak pernah mengabaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat...semua akan diatasi," katanya lagi.
            Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Adun Lumadan Datuk Kamarlin Ombi, Wakil Pegawai Pendidikan Beaufort Ali Baba, Pengetua SMK Weston Abdul Samat Jumat dan Guru Besar SK Weston Matusin Matali

   
Share |