Saturday, April 6, 2013

Program Jelajah Anak Malaysia Tranformasi Rakyat Dan Pelancaran Tabung Wira Lahad Datu.

 PRIHATIN…Sapawi dan Kamarlin menyampaikan sumbangan sempena pelancaran tabung wira Lahad Datu di majlis tersebut.
 MANTAP…Sapawi dan Kamarlin  merakamkan kenangan bersama sebahagian peserta program Jelajah Anak Malaysia Tranformasi Rakyat di majlis tersebut.
 SOKONGAN…Sebahagian pemimpin dan penduduk setempat yang menghadri majlis tersebut.
 DIHARGAI…Sapawi dan kamarlin memerhatikan Mohd Sahar menyampaikan cenderakenangan kepada Mohd Said di majlis tersebut.
BEAUFORT: Generasi muda perlu memperlihatkan kebijaksanaan dengan tidak mudah menjadikan diri mereka sebagai alat untuk dipergunakan oleh pembangkang.
Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata sama ada di bandar mahpun di luar bandar, generasi muda perlu memperlihatkan potensi mereka. 
"Potensi yang dimiliki oleh generasi muda adalah kebijaksanaan dan bukannya pontensi sebagai alat yang boleh dipergunakan dan diperalatkankan," katanya pada majlis perasmian Jelajah Anak Malaysia Tranformasi Rakyat dan pelancaran Tabung Wira Lahad Datu di perkarangan masjid Kampung Padas Damit dekat sini kelmarin.
Sapawi memberitahu Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah berniat untuk mempergunakan generasi muda dan sentiasa mahu menggilap potensi yang dimiliki oleh generasi itu.
Katanya pelbagai program dan kemudahan telah disediakan oleh Kerajaan BN bagi dipergunakan oleh generasi muda.
Selain itu, katanya, Kerajaan BN juga telah memperkenalkan pelbagai program bantuan untuk membantu generasi muda agar potensi yang mereka miliki terus bersinar.
"Kerajaan BN mahu agar potensi yang dimiliki oleh generasi muda membawa generasi itu kepada kejayaan dan juga kecemerlangan," katanya.
Menurutnya antara program itu termasuklah BR1M Bujang RM250 dan juga baucer buku dan banyak lagi program.
"Apa yang dilakukan oleh Kerajaan BN amat berbeza dengan pembangkang yang melihat dan menganggap generasi muda sebagai alat untuk dipergunakan," katanya dan menambah pembangkang juga berusaha menanamkan sikap negatif kepada generasi muda yang mana boleh mendatangkan kesan negatif kepada masa depan generasi itu sendiri.
Beliau berkata ketika usaha untuk menanamkan semangat patriotik di kalangan generasi muda, pembangkang pula tampil untuk membawa generasi muda agar tidak bersemangat seumpama itu.
"Insiden Lahad Datu yang berlaku di negeri ini turut dijadikan sumber pembangkang untuk meraih sokongan dan simpati daripada rakyat khususnya generasi muda...pembangkang mendakwa insiden itu sebagai sandiwara dan dakwaan itu turut memperlihatkan sikap pembangkang terhadap pengorbanan yang dilakukan oleh pihak berkuasa keselamatan.
"Pihak berkuasa keselamatan sentiasa berusaha menjaga keamanan dan kemakmuran negara ini dan apa yang mereka lakukan adalah untuk seluruh rakyat negara ini," katanya lagi.
Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Adun Lumadan Datuk Kamarlin Ombi, Ketua Daerah Lumadan Junli Yusuf, Ketua Cawangan Khas IPD Beaufort ASP Zulkifli Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Yunus Rajah, Ketua PBS Lumadan Ruslan Muharam,  Naib Ketua Pemuda Umno Sipitang Matbali Musah, Pengerusi Gabungan Generasi Muda merangkap Ketua Konvoi Jelajah Anak Malaysia Mohd Sahar Abdullah,  Mohd Said Awang Damit.

a


Share |