Sunday, April 7, 2013

Reaksi Pembubaran Parlimen

SIPITANG: Pembubaran Parlimen yg diumumkan oleh perdana menteri bukan suatu kejutan.
Ketua Penerangan Umno sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata seluruh jentera bn sudah lama bersedia.
'ia bukan satu kejutan dan kita sememangnya telah bersedia...malah jentera telahpun kita gerakkan,' katanya dalam reaksi pembubaran parlimen di sini kelmarin.
Beliau berkata bn juga telah melaksana pelbagai tanggungjawab untuk rakyat. katanya rakyat telah menikmati kesejahteraan, kemakmuran dan juga keharmonian.
Menurutnya apa yang dilakukan oleh bn ada untuk rakyat.
Malah katanya transformasi yang dilaksanakan oleh bn adalah untuk rakyat.
Beliau berkata BN telah membuktikan perjuangannya kepada rakyat.
'rakyat tahu apa yang telah kita perjuangkan untuk mereka dan pembubaran ini juga membuktikan keikhlasan BN, katanya

Share |