Tuesday, June 2, 2015

Anugerah Pelajar Cemerlang Parlimen Sipitang

TAHNIAH…Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin menyampaikan anugerah kepada Nuramira Atiqah Morsihidi pelajar cemerlang STPM 2014 Parlimen Sipitang di majlis tersebut.
SUMBANGAN…Sapawi diperhatikan oleh kamarlin menyampaikan sumbangan akhbar pendidikan Tutor Utusan Malaysia Kepada Pengetua SMK Pengiran Omar II Abdul Ghani Mohd Ali di majlis tersebut.
CERIA…Sapawi dan Kamarlin bersama pelajar-pelajar cemerlang merakamkan sempena majlis tersebut.
SOKONGAN….Sebahagian ibubapa dan pelajar yang menghadiri majlis tersebut.


  CEMERLANG…Sapawi diperhatikan oleh kamarlin menyampaikan anugerah kepada Zulfitri Binti Andi Rauf pelajar cemerlang SPM 2014 dimajlis tersebut.

SIPITANG: 'Semai dan tanam dihati anak-anak tentang pentingnya pendidikan.'
Seruan itu diluahkan oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad pada majlis anugerah kecemerlangan pelajar peringkat Parlimen Sipitang sempena program Membara (karnival kerjaya dan kemahiran) di Dewan Serbaguna Sipitang di sini kelmarin.
Sapawi berkata pendidikan perlu diletakkan sebagai perkara yang paling utama dan kedudukan itu tidak harus berubah ataupun diubah.
Katanya amat penting untuk menyemai dan menanam d hati anak-anak tentang pentingnya pendidikan pada usia awal lagi.
"Generasi yang telah menyemai dan menanam pendidikan itu sebagai perkara yang utama sudah tentu akan berusaha untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam pendidikan dan usaha ini perlu dilakukan pada peringkat usia yang awal lagi," katanya.
Menurutnya keluarga yang mengutamakan pendidikan sudah tentu akan menjadi keluarga yang bukan sahaja maju dan membangun tetapi menjadi keluarga yang tidak akan mudah untuk dipergunakan dan diperalatkan.
Malah, katanya, keluarga itu juga akan sanggup berkorban demi memastikan peluang pendidikan yang terhidang tidak terlepas atau dipersia-siakan.
"Perubahan sesbuah keluarga bergantung sejauh mana pendidikan yang dicapai dan diutamakan oleh generasi mereka dan banyak lagi manfaat yang dinikmati jika pendidikan terus menjadi keutamaan," katanya lagi.
Beliau memberitahu kerajaan sendiri telah memperkenalkan dan melaksanakan pelbagai kemudahan termasuklah bantuan dalam pembangunan pendidikan "dan peluang serta ruang yang terhasil perlulah dipergunakan dengan sebaik-baiknya."
Sapawi yang juga Ketua Umno Bahagian Sipitang juga berkata warga pendidik mampu menjadi agen perubahan sikap anak-anak agar mereka membesar dengan sikap yang positif, proaktif dan inovatif.
Beliau berkata guru yang berkualiti berperanan penting sebagai pencetus dan penggerak modal insan negara.
     Seramai 217 pelajar cemerlang dalam UPSR,PT3,SPM STPM tahun 2014 dari 51 buah sekolah rendah dan menengah termasuk Sekolah Agama Negeri (SAN) dan KAFA menerima anugerah pada majlis tersebut.
     Pada majlis tersebut Biro Pendidikan Umno yang dipengerusikan oleh Datuk Kamarlin Ombi turut.memperuntukkkan RM20,819 kepada pejabat pendidikan Sipitang bagi langganan akhbar sisipan Tutor Utusan Malaysia bagi tujuh sekolah menengah di Sipitang yang diserahkan kepada Eksekutif Pemasaran Utusan Malaysia,Celestina Ubing.


Share |