Tuesday, June 2, 2015

Semarak 1 Malaysia

 TAHNIAH…Sapawi dan Alamin merakamkan kenangan bersama barisan peserta pertandingan Karaoke di majlis tersebut.
 MANTAP…Sapawi menyerahkan bendera kepada ketua kontinjen SAGA Sipitang LatipAmat di majlis tersebut


SERAH…Sapawi diperhatikan oleh Almain menyerahkan geran pengurusan Komuniti 1 Malaysia Long Pasia kepada pengerusinya Michael Opai di majlis tersebut.

  SIPITANG: Informasi daripada sumber yang kesahihannya diragui tidak harus dibiarkan berkembang sehingga mempengaruhi rakyat.
     Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata informasi yang tepat dan sahih perlu dipastikan sampai kepada rakyat.
     "Kita tidak boleh biarkan rakyat menerima informasi yang bukan sahaja tidak tepat atau kesahihannya diragui...ketika ini ada pihak tertentu yang mempunyai agenda untuk menggagalkan aspirasi dan wawasan negara berusaha untuk mempengaruhi rakyat," katanya pada majlis perasmian program semarak komuniti 1 Malaysia peringkat daerah di Esplande Sipitang kelmarin.
     Beliau berkata pihak tersebut menggunakan pelbagai ruang dan peluang untuk menyebarkan informasi yang tidak tepat dan termasuklah menggunakan media sosial seperti facebook, twitter, blog dan sebagainya.
     Sehubungan dengan itu Sapawi yang juga Exco Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) berkata peranan jabatan dan agensi dibawah kementerian tersebut amat penting.
     Katanya RTM, Penerangan, Bernama dan Jasa penting untuk menyalurkan maklumat yang tepat dan sahih kepada rakyat.
     "Maklumat yang tepat dan sahih berkaitan dasar, falsafah dan wawasan negara perlu disampaikan kepada rakyat....kita mahu tahu dan sedar akan usaha yang dilakukan oleh kerajaan," katanya lagi.
     Dalam pada itu Sapawi melahirkan keyakinan bahawa Sipitang bakal berubah wajah dalam tempoh lima tahun dengan beroperasi sepenuhnya beberapa projek yang berkaitan dengan minyak dan gas sepanjang enam koridor Pantai Barat Selatan.
     Beliau berkata Sipitang bakal membangun bersama seiring dengan wawasan 2020 yang menjadi simbolik negara mencapai negara maju.
     Pada majlis tersebut turut berlansung penyampaian watikah dan geran pengurusan komuniti 1 Malaysia Long Pasia berjumlah 32-ribu ringgit  yang diserahkan kepada Pengerusinya,Michael Opai.
     Majlis Simbolik Penyerahan Bendera Kontingen Sukan SAGA,Sipitang kepada Pegawai daerah Sipitang,Latif Ahmad juga berlangsung sejurus selepas itu.


Share |