Monday, August 17, 2015

Perasmian Serentak Pemuda dan Puteri Umno Sipitang

 DIHARGAI…Sapawi diperhatikan oleh Suzie menerima cenderakenangan daripada Hafez sejurus merasmikan mesyuarat tersebut.
 MANTAP…Sebahagian jemoutan serta perwakilan Pemuda dan Puteri yang menghadiri mesyuarat tersebut.
 CERIA…Sapawi dan Suzie merakamkan kenangan bersama AJK Puteri Umno Sipitang di majlis tersebut.
 PELAPIS….Sapawi dan Hafez merakamkan kenangan bersama AJK Pemuda Umno Sipitang di majlis tersebut.


JALINAN MESRA…Sapawi diiringi oleh Hafez dan Suzie bersalaman dengan perwakilan Pemuda dan Puteri yang hadir di majlis tersebut.

 SIPITANG: `Usah terikut-ikut dengan rentak tarian pembangkang.'
    Nasihat itu dilontarkan oleh Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Sapawi Ahmad kepada anggota Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Sipitang di sini kelmarin.
     Sapawi yang merasmikan serentak mesyuarat perwakilan Pemuda dan Puteri bahagian itu berkata anggota pergerakan itu perlu mempunyai keyakinan dan kepercayaan bukan hanya kepada perjuangan parti tetapi juga barisan kepimpinan.
     "Usah jadi juara politik dengan menghentam barisan kepimpinan dan parti tetapi jadilah juara yang mempertahankan barisan kepimpinan dan parti," katanya.
     Beliau berkata anggota pergerakan itu harus mempertahankan barisan kepimpinan dan parti parti dan tidak membiarkan diri mereka pula terpengaruh dan akhirnya mengikut tarian yang dimainkan oleh pembangkang.
     "Parti adalah ibarat rumah kita dan kita perlu mempertahankan rumah kita daripada tohamahan dan fitnah yang dilontarkan...caranya ialah dengan memberikan penerangan dan penjelasan terhadap tohamahan serta fitnah itu," katanya lagi.
     Bagaimanapun, beliau berkata, anggota pergerakan itu perlu mengelak daripada mengambil tindakan yang secara membuta tuli "tetapi bertindaklah dengan isi yang penuh di dada."
    Katanya maklumat terlebih dahulu perlu diperolehi dan ia harus diperolehi menerusi barisan kepimpinan dan bukannya menerusi pihak lain ataupun pembangkang.
    Menurutnya tindakan yang beralaskan dengan maklumat yang penuh di dada akan memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada rakyat untuk terus melihat Umno sebagai parti yang relevan.
    "Amat penting untuk setiap anggota parti mendapatkan maklumat menerusi barisan kepimpinan dan menerusi maklumat itulah kita menangkis segala tohmahan dan fitnah yang dilontarkan kepada barisan kepimpinan dan juga parti," katanya lagi.
            Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Ketua Pemuda Umno Sipitang Yamani Hafez Musa, Ketua Puteri Umno Sipitang Suzie Hamat, Setiausaha Umno Sipitang Alidin Mohamad, Wakil Pemuda Umno Negeri merangkap Ketua Pemuda Umno Sepanggar Ramlan Awal, Wakil Puteri Umno Negeri Merangkap Ketua Puteri Kimanis Saudah Shahzaman, Ketua Pemuda Kota Belud Arsat Bistari serta 200 perwakilan daripada 40 cawangan pemuda Umno Sipitang dan 117 perwakilan puteri daripada 30 cawangan Puteri Umno Sipitang

a
Share |