Sunday, January 3, 2016

Maulidur Rasul Peringkat Negeri Di Sipitang

  TAHNIAH…Tun Juhar diperhatikan oleh Musa menyampaikan hadiah pemenang pertandingan sepanduk Sapawi yang mewakili Umno Sipitang di majlis tersebut.
 CERIA…Tun Juhar dan Musa merakamkan kenangan bersama penerima anugerah maulidur rasul di majlis tersebut.
 SENI…Sapawi dan Ariffin merakamkan kenangan bersama artis jemputan khas Datuk M. Nasir pada Malam Kasih Junjungan sempena sambutan maulidur rasul.
   IKATAN…Sapawi bersama Arifin dan Bungsu merakamkan kenangan bersama  penceramah undangan khas daripada Mesir  Shikh Mohamed Abdelaziz Mahmoud Ghonim di majlis tersebut.


SELAWAT….Tun Juhar dan Musa bersama ribuan umat islam mengetuai perarakkan Maulidur Rasul peringkat negeri yang diadakan di Sipitang.

SIPITANG: `Ketepikan sikap taksub dan sikap yang pentingkan diri sendiri.'
    Nasihat itu dilontarkan oleh Ahli Parlimen Sipiitang Datuk Sapawi Ahmad ketika ditemui pada sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di sini Khamis lalu.
    Beliau berkata umat Islam perlu sentiasa bersikap bijaksana dan bersatu untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan.
    "Kita (umat Islam) berhadapan dengan pelbagai cabaran dan ujian di mana ia perlu ditangani dengan umat Islam memperlihatkan sikap bijaksana dan bersatu...kejayaan dan kecemerlangan masih perlu untuk dicapai," katanya dan menambah sikap taksub dan pentingkan diri sendiri hanya akan membuatkan Islam mudah dipergunakan dan diperkotak-katikan.
    Lebih menyedihkan, katanya, sikap itu juga akan membuatkan umat Islam mundur dan akan ketinggalan.
    "Jika ini berlaku ia akan turut diwarisi oleh generasi Islam dan bukan mudah untuk kembali kerana cabaran yang dihadapi akan sentiasa berubah dan semakin mencabar," katanya lagi.
    Menurutnya akibat sikap taksub dan pentingkan diri sendirilah yang memudahkan umat Islam dipecahbelahkan.
    Sapawi menegaskan selain perlu bijaksana dan bersatu, umat Islam perlu sentiasa meningkatkan diri dengan ilmu.
    Katanya ilmu amat penting dan ilmulah juga yang akan membolehkan umat Islam mencapai kejayaan dan kecemerlangan.
    "Ilmu hendaklah terus dituntut dan al-Quran dan sunah perlu terus dijadikan panduan," katanya lagi.
    Dalam pada itu Sapawi turut meminta agar umat Islam menghormati penganut agama lain di negara ini.
    Katanya sikap hormat-menghormati itulah yang membolehkan rakyat menikmati keharmonian dan nilai kasih-sayang.
    "Amalan inilah yang perlu kita wariskan kepada satu generasi dan generasi seterusnya," katanya lagi.
    Dalam pada itu Sapawi melahirkaan rasa bangga dengan kehadiran umat Islam dalam menceriakan sambutan Maulidur Rasul.
    Menurutnya kehadiran ramai itu membuktikan kukuhnya kesatuan di kalangan umat Islam.
    "Ia membanggakan dan kita berharap perpaduan dan persefahaman di kalangan umat Islam bukan sahaja kekal tetapi terus berkembang,"katanya lagi.
    Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Seri Panglima Dr. Juhar Bin Datuk Nahiruddin dan Isteri Toh Puan Datuk Seri Panlima Norlidah Binti Tan Sri R.M Jasni bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Isteri  Datin Faridah Tussin telah mengetuai perarakan tersebut.
                Hampir 10,000 orang menceriakan sambutan Maulidur Rasul di mana 6,000 daripadanya adalah peserta daripada 62 kontijen yang turut menyertai perarakan.
                Tun Juhar juga telah menymapaikan anugerah maulidur rasul kepada Awang Suffian Awang Piut bagi kategori lelaki dan Datuk Halima Nawab Khan bagi kategori wanita manakala anugerah khas kepada allahyarham Datok Masood Salleh yang diwakili oleh ananknya.



Share |