SOKONGAN…Sebahagian KRT Sipitang yang menghadiri majlis tersebut.
TAHNIAH…sapawi menyampaikan sijil penghargaan cemerlang kepada Pengerusi KRT Mesapol Bakar Isa di majlis tersebut.
CEMERLANG…Sapawi bersama Ahmad dan Delin mengabadikan kenangan bersama pengerusi-pengerusi KRT Sipitang di majlis tersebut.
semangat perjuangan tetapi ia harus dihadapi dengan sikap rasional,
kata Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad.
Ketua Penerangan UMNO Sabah itu berkata demikian pada majlis
malam apresiasi perpaduan dan integrasi nasional peringkat daerah di
sini kelmarin.
"Setiap ahli Umno pada semua peringkat perlu bersikap rasional
terhadap isu dan cabaran yang dihadapi parti ketika ini," katanya.
Beliau berkata ahli parti juga perlu mengekalkan semangat bersatu
padu dalam perjuangan parti selain bersikap matang dalam menghadapi
apa juga cabaran yang dihadapi.
Katanya cabaran yang dihadapi oleh Umno merupakan cabaran kepada
ahli parti itu yang perlu dihadapi dengan bijaksana dan juga
kematangan.
Katanya, seluruh ahli Umno juga perlu meletakkan agenda parti
sebagai keutamaan dalam perjuangan dan harus membuat pertimbangan
sewajarnya dalam menangani isu semasa yang berlaku.
"Bukan itu saja, perlembagaan dalam Umno juga perlu dipatuhi
dengan penuh penghayatan, pada masa sama setia dengan kepimpinan parti
yang merupakan tonggak kepada keutuhan Umno selama ini," tegasnya.
Hadir sama Pengarah JPNIN Negeri Sabah, Delin Liet Blaun, Ahli
Dewan Undangan Negeri (Adun) Sindumin, Datuk Ahmad Bujang dan Pegawai
JPNIN Zon Pedalaman Bawah, Marhadi M. Ardin.
Dalam pada itu, Sapawi yang juga Ahli Parlimen Sipitang turut
menyifatkan cabaran dihadapi Umno ketika ini sebagai satu proses
kematangan bagi parti itu agar ia sentiasa relevan dengan perubahan
zaman.
"Situasi ini hanyalah satu proses kematangan kerana Umno adalah
parti peneraju kepimpinan negara sejak dari dulu dan sewajarnya kita
perlu bersiap sedia serta sentiasa fleksibel dengan suasana politik
pada hari ini," katanya.
Sehubungan itu katanya, setiap ahli Umno harus memperkukuhkan lagi
barisan dan perjuangan parti itu dalam mendepani pelbagai isu
terutamanya cabaran yang datang dari 'dalam' parti.