Sunday, January 3, 2016

Jom Balik Sekolah,,,,CSR TNB

 SUMBANGAN...Sapawi diperhatikan oleh Ahmad dan Mariah menyampaikan sumbangan peralatan sekolah kepada salah seorang murid yang di layak di majlis tersebut.


CERIA...Sapawi dan Ahmad dan Mariah merakamkan kenangan bersama murid-murid dan ibubapa yang memperolehi sumbangan di majlis tersebut.



SIPITANG: Sokongan daripada sektor korporat penting dalam memastikan
pembangunan pendidikan terus berkembang.
    Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata
sokongan itu juga dapat membantu merealisasikan hasrat kerajaan bagi
memastikan pendidikan dapat dinikmati oleh rakyat secara menyeluruh.
    "Kita amat menghargai penampilan sektor korporat atau swasta dalam
memberikan sumbangan terhadap pembangunan pendidikan negara ini,"
katanya ketika merasmikan program Jom Ke Sekolah anjuran Tenaga
Nasional Berhad (TNB) dan Kelab Penyokong Kerajaan Parlimen BN (BNBBC)
di Sekolah Menengah Pangeran Omar II di sini kelmarin.
    Parlimen Sipitang merupakan salah satu daripada 15 parlimen negara
ini yang terpilih daalam program seumpama itu.
    Bagi Parlimen Sipitang seramai 200 pelajar yang kurang
berkemampuan daripada tahun satu hingga tahun enam menerima sumbangan
berupa kasut, pakaian dan beg sekolah yang keseluruhannya bernilai
RM45 ribu.
    Sapawi berkata kerajaan meletakkan pendidikan sebagai agenda utama
dan sentiasa berusaha memastikan pendidikan negara ini terus
berkembang.
    Bagaimanapun, katanya, usaha seumpama itu memerlukan sokongan
daripada semua pihak termasuklah sektor korporat dan juga swasta.
    "Usaha yang dilakukan oleh kerajaan akan bergerak perlahan tetapi
ia mampu pantas dengan adanya sokongan daripada sektor
sawsta...penampilan sektor swasta atau korporat bukanlah hanya
menunaikan tanggungjawab sosial (CSR) tetapi memperlihatkan
tanggungjawab terhadap pembangunan pendidikan negara ini," katanya
lagi.
    Beliau melahirkan penghargaan kepada TNB yang telah memilih
Parlimen Sipitang untuk program seumpama itu.
    Katanya usaha yang dilakukan oleh TNB wajar dicontohi oleh
syarikat korporat dan swasta.
    "Kita berharap akan lebih ramai lagi syarikat korporat dan swasta
tampil bagi membantu dan menyokong sepertimana yang dilakukan oleh
TNB," katanya lagi.
Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah ADUN Sindumin Datuk Ahmad Bujang, Pegawai Daerah Sipitang Latip Amat, Pengurus besar perkhidmatan korporat SESB mewakili TNB Wan Mariah Othman Lee dan Pegawai Pembangunan Masuarakat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh

Share |