Friday, December 4, 2015

Pecah Tanah Rumah Panjang Lundayeh

  MESRA…Sapawi diiringi oleh Pengiran Lalong (kanan) bersalaman dengan ahli-ahli PKLS di majlis tersebut.
  BUDAYA….Sapawi di sambut dengan persembahan khas Seruling Bambu di majlis tersebut.
 KENANGAN…Sapawi menurunkan tandatangan di kanvas khas sempena majlis tersebut.
 INTIM….Sapawi dan Pangiran Lalong bersama AJK PKLS merakamkan kenangan sempena majlis tersebut.


SEMBOLIK…Sapawi menggunakan jentera pengorek tanah tanda sembolik pecah tanah rumah panjang PKLS di majlis tersebut

SIPITANG:Pimpinan persatuan kebudayaan suku kaum perlu sentiasa
memastikan persefahaman dan perpaduan rakyat pelbagai kaum dan anutan
agama dipertahankan dan diperkembangkan.
    Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi  Ahmad berkata
persefahaman dan perpaduan itulah yang membolehkan rakyat menikmati
kesejahteraan dan juga keharmonian.
    "Pimpinan persatuan perlu sentiasa berhati-hati dengan usaha
pihak tertentu yang mungkin mahu membawa masuk anasir untuk
mempergunakan serta memperalatkan persatuan," katanya pada majlis
pecah tanah projek rumah panjang Persayuan Kebudayaan Lundayeh Sabah
di Pusat Kebudayaan Lundayeh Sabah (PKLS) di sini kelmarin.
    Katanya pimpinan persatuan memperolehi mandat dan kepercayaan
daripada ahli-ahlinya untuk meneraju persatuan ke landasan yang
sebenarnya dan perlu memastikan ianya tidak menyimpang daripada tujuan
dan matlamat penubuhannya.
    Bagaimanapun Sapawi berkata bukan hanya barisan kepimpinan tetapi
ahli persatuan juga harus memastikan persatuan mereka tidak
dipesongkan ke arah yang berlainan dan tidak dijadikan sebagai alat
atau dipergunakan untuk memenuhi agenda seseorang.
    "Kita perlu mempunyai sikap berwaspada dan memastikan diri kita
agar tidak mudah dipengaruhi...menerajui persatuan bukannya sesuatu
yang mudah tetapi ia mampu diterajui jika barisan kepimpinan dan
ahlinya mempunyai semangat kesatuan," katanya lagi.
    Mengenai projek rumah panjang, Sapawi berkata kerajaan sentiasa
berusaha memberikan apa yang terbaik untuk rakyat.
    Katanya peruntukan sebanyak RM1.5 juta bagi projek tersebut bukan
sekadar untuk membantu persatuan tetapi juga memperlihatkan komitmen
kerajaan kepada rakyat.
    "Kerajaan sentiasa melakukan apa yang terbaik kepada rakyat tanpa
mengira anutan agama dan suku kaum...apa yang kerajaan mahukan ialah
kesejahteraan dan keharmonian yang dinikmati bukan sahaja
dipertahankan tetapi perlu dipertingkatkan serta diperkembangkan,"
katanya lagi.
a
Share |