Tuesday, October 18, 2011

Misteri Etnik Kedayan



MAHIR…Sapawi dan Presiden Kedayan Sabah Ahmad Bujang bersama ‘Raja Gasing’ Hamit Saban menujukkan kemahiran mengimbangi gasing dengan tapak tangan yang mana permainan gasing ini merupakan salah satu sukan tradisi kaum Kedayan.
MANTAP…Sapawi dan Ahmad merakamkan kenangan bersama Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Kedayan Sabah

SIPITANG: Persefahaman dan perpaduan kaum di negeri ini telah menjadikan Sabah sebagai role model gagasan 1 Malaysia.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata persefahaman dan perpaduan yang terjalin itu juga meletakkan Sabah sebagai salah sebuah negeri yang unik.

“Inilah keistimewaan yang dimiliki oleh rakyat negeri ini yang telah meletakkan Sabah sebagai role model terhadap persefahaman dan perpaduan antara kaum,” katanya ketika menghadiri pengambaraan fotografi misteri etnik Kedayan di perkarangan rumah Hamit Saban, Kampung Pantai dekat sini kelmarin.

Sapawi yang juga Penaung Persatuan Kedayan Sabah berkata ketelusan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memastikan tiada kaum dipinggir turut memainkan peranan dalam memperkukuhkan lagi persefahaman dan perpaduan antara kaum.

Katanya hasil daripada persefahaman dan perpaduan itulah rakyat menikmati keharmonian dan juga kemakmuran.

“Kerajaan BN tidak mewujudkan persaingan antara kaum sebaliknya mendokong kepada keutuhan persefahaman dan perpaduan yang terjalin.

“Dokongan daripada kerajaan itu mendapat sokongan daripada rakyat,” katanya lagi.

a)

b) .



Share |