Saturday, November 5, 2011

Lawatan Ke Lokasi Pembinaan Bumbung Gerai Satay Di Espanade Sipitang




LAWATAN KERJA…Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad telah menghadiri taklimat projek pembinaan bumbung gerai satay Esplanade Sipitang yang di sampaikan oleh oleh akitek Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Kinabalu di pejabat daerah Sipitang petang kelmarin.

Projek yang bernilai RM2.7 juta itu telah diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada perasmian Festival Gasing dan Tamu Besar (GATA) Sipitang baru-baru ini.

Hadir sama pada taklimat tersebut termasuklah Pegawai Daerah Sipitang Latip Ahmad, Penolong Pegawai daerah Sipitang Matlin Dullah, Akitek JKR Kota Kinabalu Jeffery Ismail, Jurutera JKR Sipitang Awangku Edri, Penolong Pegawai Ekskuatif Majlis Daerah Sipitang Daud Kassim dan Pegawai Khas Ahli Parlimen Sipitang Zulkefli Ahmad

Kelihatan Sapawi dan Pegawai daerah Sipitang Latip Ahmad bersama rombongan sedang meninjau lokasi pembinaan bumbung gerai satay di Esplanade Sipitang.



Share |