SUMBANGAN…Hamzah diperhatikan oleh Sapawi menyampaikan pokok koko kepada salah seorang peserta yang layak menerima di majlis tersebut.
BANTUAN…Hamzah diperhatikan oleh Sapawi, Kamarlin dan Ahmad menyampaikan Kupon sembolik Skim Tanam Baru Sawit, Pekebun Kecil kepada Rostati Abdullah daripada Kg Kuala Muaya Sipitang.
TERTARIK…Hamzah dan Sapawi bersama rombongan sedang melihat buah sawit yang bermutu tinggi sambil mendengar penjelasan daripada Ketua Lembaga Sawit Malaysia Wialayah Sabah Zainal Sahfie.
CERIA…Hamzah diperhatikan oleh Sapawi menyampaikan sijil penyertaan program Hello Komoditi kepada Junli Yusof wakil peserta bagi Dun Lumadan.
SOKONGAN PADU…Sebahagian peserta krusus yang menghadiri program Hello Komoditi Kementerian Perushaan, Perladangan dan Komoditi di Sipitang.
SIPITANG: Kerajaan akan memperkenalkan Dasar Komoditi Negara (DJKN) dan Sabah menjadi negeri pilihan bagi pelancaran dasar tersebut.
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Hamzah Zainudin berkata DKN telah diluluskan oleh kerajaan dan dirancang dilancarkan pada bulan depan.
“Sabah menjadi negeri pilihan untuk pelancaran DKN yang menjelaskan secara khusus hala tuju strategi setiap sektor komoditi bagi tempoh 2011-2020,” katanya pada majlis perasmian penutupan Hello Komoditi di dewan serbaguna di sini kelmarin.
Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Adun Sindumin Ahmad Bujang, Adun Lumadan Kamarlin Ombi, Setiausaha Bahagian Penggalakan Inovasi dan Modal Insan Industri Razali Abdul Malek, Pegawai daerah Sipitang Latip Amat, Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia Dr. Lee Choon Hui,
Hamzah berkata Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak hanya menumpukan kepada komoditi kelapa sawit dan getah meskipun hanya kedua-dua komoditi itu diletakkan dibawah Bidang Keberhasilan Utama (NKRA).
Kerana itulah, katanya, DKN diperkenalkan bagi sektor perladangan dan komoditi bagi memperkukuhkan lagi peranan dan sumbangan industri komoditi kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Katanya teras utama dasar DKN adalah memberi penekanan kepada usaha-usaha mengharusperdanakan industri komoditi.
Ia juga untuk mentransfomasi sektor komoditi bercirikan teknologi moden dan inovasi yang lebih meluas, pengeluaran yang berkualiti dan mempunyai nilai tambah yang tinggi bagi memenuhi kehendak pasaran, penglibatan usahawan tani dan tenaga kerja mahir, memperkukuhkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) disamping menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan produk komoditi menjelang tahun 2020.
Hamzah berkata kerajaan yakin pelaksanaan DKN akan membolehkan sektor ini melonjakkan lagi kemajuan di sektor perladangan dan komoditi serta menyumbang ke arah pencapaian hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi.
“Kerajaan pada hari ini telah melaksanakan pelbagai insiatif untuk mentransfomasikan ekonomi dan pentadbiran negara bagi mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020,” katanya.
Sementara itu Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata kerajaan tidak hanya memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur tetapi juga kepada pembangunan komoditi.
Menurutnya kerajaan amat berkeyakinan bahawa komoditi turut memainkan peranan penting dalam membantu meningkatkan pembangunan ekonomi negara.
“Bidang komoditi juga merupakan salah satu bidang yang membantu mengatasi kadar kemiskinan dan kerana itu kerajaan tidak menolak kebelakang bidang komoditi sebaliknya turut mengajak agar rakyat khususnya di luar bandar mengusahakan lebih serius penglibatan dalam bidang komoditi,” katanya.
Sapawi memberitahu sebagai langkah membantu, kerajaan turut menyediakan pelbagai insentif serta bantuan.
Menurutnya peluang serta bantuan yang yang disediakan oleh kerajaan hendaklah dipergunakan dengan sebaik mungkin.