SUMBANGAN…Sapawi bersama Ahmad menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi Tokong Kuil Hock Teck Kong Wong Ket Sing sempena sambutan tahun baru cina.
CERIA…Sapawi dan Ahmad diperhatikan oleh Pemangku Penurus Maybank Sipitang Patrik Angkui menyampaikan kad tahun baru cina kepada wakil staf Maybank Sipitang yang berketurunan Cina Ho Chee Heng
SUMBANGAN…Sapawi bersama Ahmad menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi Tokong Vie Hun Mesapol Yeo Boun Kiat sempena sambutan tahun baru cina.
CERIA…Sapawi dan Ahmad menyampaikan kad tahun baru cina kepada Koay Kuan Yee salah seorang peniada berketurunan cina di Sipitang
TAHUN BARU CINA...Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad bersama wakil rakyat Sindumin Ahmad Bujang menemui penduduk dan peniaga berketurunan Cina di pekan Sipitang kelmarin bagi mengucapkan Tahun Baru Cina yang bakal disambut pada minggu depan.
Kedua-dua pemimpin Barisan Nasional (BN) Sipitang bukan sekadar menyampaikan kad-kad ucapan Tahun Baru Cina tetapi turut melahirkan harapan agar sambutan perayaan itu pada kali ini akan lebih ceria.
Sapawi dan Ahmad turut berharap agar Tahun Baru Cina akan mengeratkan perpaduan dan persefahaman di kalangan rakyat yang berbilang kaum dan agama.
Rombongan tersebut tersebut turut dihadiri oleh pimpinan kompenan Barisan Nasional (BN) Sipitang termasuklah Pegawai Daerah Sipitang Latip Amat, Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh, Naib Ketua Pemuda Umno Sipitang Matbali Musah, Pengerusi MCA Sipitang Suu See Teng, Kapitan Cina Chew Kim An, Pemaju Mukim Liaw Kim Teck.