Dari hasil perkahwinannya itu, dia dikurniakan 94 anak dan 33 cucu. Jumlah keluarga itu masih bertambah dengan kehadiran 14 anak perempuan tiri yang telah dimiliki oleh beberapa isterinya.
Ziona dan keluarganya menetap di sebuah rumah yang dibina di sebuah bukit di perkampungan Baktwang, Nizoram, India.Bangunan rumah keluarga Ziona mirip seolah-olah rumah flat. Rumahnya setinggi 4 tingkat dan mempunyai 100 bilik.
Dalam satu malam keluarga ini boleh menghabiskan 30 ekor ayam, 60 kg kentang, dan 100 kg nasi. Sewaktu makan bersama, bilik makan akan menjadi sesak seperti sebuah restoran.
Ziona adalah ketua mazhab agama ‘Chana’ yang didirikan oleh ayahnya pada 1942. Ziona percaya bahawa dia akan mampu memerintah dunia apabila ahli keluarganya telah mencapai 400 orang.
Sumber