TAHNIAH…Sapawi menyampaikan hadiah kepada kumpulan Nurul Syuhadah yang muncul johan pertandingan nasyid bagi kategori Moden di majlis tersebut.
JOHAN…Sapawi menyampaikan hadiah kepada Kumpulan Kompang Kampung Takuli yang muncul johan pada pertandingan kompang di majlis tersebut.
BEAUFORT: Kesenian Islam perlu diperkasa ke arah transfomasi yang lebih menyerlah dengan memenuhi kehendak generasi masa kini.
Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata ketika ini terdapat segelintir generasi muda beranggapan bahawa kesenian Islam sebagai lapuk dan ketinggalan zaman.
“Generasi muda perlu didedahkan dengan keindahan kesenian itu dan kita perlu melakukan transformasi bagi memperkasakannya,” katanya pada Festival kesenian islam peringkat daerah Beaufort di Sekolah Menengah Vokasional di sini kelmarin.
Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Penolong Pegawai Daerah Beaufort Shaid Othman, Pemimpin Kemajuan Rakyat Lumadan Ahmad Mumin, Pegawai Tadbir Agama Jheains Beaufort Abidin Ali Hassan dan Pegawai Perhubungan Parlimen Sipitang Matbali Musah.
Sapawi berkata anggapan generasi muda itu perlu ditangani segera bagi memastikan kesenian Islam tidak hilang di hati dan mata mereka.
Katanya keindahan yang terdapat dalam kesenian itu perlu didedahkan sebagai salah satu cara untuk memikat generasi muda.
Bagaimanapun Sapawi berkata dalam usaha mendekatkan dan memesrakan kesenian itu kepada generasi muda, semua pihak perlu bersedia untuk melakukan transfomasi.
“Transfomasi itu perlu dilakukan kerana kita tidak mahu kesenilan Islam bukan sahaja kehilangan minat di kalangan generasi muda tetapi juga jauh ketinggalan.
“Sebagai pendokong kita perlu sentiasa mengikut peredaran zaman dan antara mahu dan tidak transfomasi itu perlu dilakukan,” katanya lagi.
Katanya transfomasi itu jika dilakukan akan memberi kesan positif kepada generasi muda terhadap program atau aktiviti keagamaan.
Menurutnya agak menyedihkan jika generasi muda terus menerus melihat malah menganggap aktiviti atau program keagamaan sebagai perkara remeh.
“Program atau aktiviti keagamaan seperti kesenian Islam seumpama ini banyak memberi manfaat dan inilah juga yang perlu kita dedahkan kepada mereka,” katanya lagi.
Di majlis tersebut kumpulan Nurul Shyuadah dan Maidatul Insani masing-masing diumunkan sebagai johan bagi pertandingan Nasyid bagi kategori Moden dan Tradisi.
Manakala pertandingan Marhaban/Barzanji kumpulan Nurul Hidayah diumunkan sebagai johan dan Persatuan Kompang kampung Takuli diumunkan sebagai johan pertandingan kompang.