Monday, June 4, 2012

Sambutan Hari Ibu & Penubuhan Persatuan Beliawanis Kg Ulu Lingkungan, Beaufort.



DIHARGAI…Sapawi diperhatikan oleh kamarlin menerima cenderakenangan daripada Juayah Samidi Ketua Wanita Umno kg. Ulu Lingkungan.
MERIAH…sebahagian penduduk setempat yang menghadiri majlis tersebut.
SUMBANGAN…Sapawi dan Kamarlin menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima di majlis tersebut.
ANUGERAH…Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin menyampaikan anugerah usahawan wanita kepada Sainah Senang di majlis tersebut.

INTIM…Sapawi bersama penduduk setempat menikamti juadah yang dihidangkan di majlis tersebut

BEAUFORT: Penubuhan persatuan belia mampu mengelak golongan belia daripada dipengaruhi dan dipergunakan oleh pihak tertentu.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata kerajaan Nasional (BN) amat mengalu-alukan usaha seumpama itu.

‘Usaha ini turut memperlihatkan kerjasama dan permufakatan penduduk kampung…hasilnya penduduk menikmati kemakmuran dan keharmonian,”katanya pada sambutan hari ibu dan penubuhan persatuan beliawanis kampung Ulu Lingkungan dekat sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Adun Lumadan Kamarlin Ombi, Pemimpin Kemajuan rakyat Lumadan Ahmad Bujang, Pegawai Perhubungan Parlimen Sipitang Matbali Musah, Awang tamin Ahmad Ketua kampung, Ibrahim Omar pengerusi JKKK Kg Ulu Lingkungan dan Ketua Cawangan Umno Kg. Ulu Lingkungan Murah Razit.

Sapawi berkata persatuan itu dapat menjadi wadah kepada golongan belia meluangkan masa dengan aktiviti dan program yang bermanfaat.

Katanya dengan cara itu juga mereka dapat mengelak daripada dipengaruhi dan dipergunakan khususnya oleh pihak pembangkang.

Menurutnya pembangkang sentiasa berusaha untuk mempengaruhi rakyat khususnya golongan belia.

Katanya pembangkang hanya mahu mempergunakan dan meperbodohkan golongan belia untuk kepentingan mereka.

“ Hal ini amat berbeza dengan BN dimana BN berusaha membantu membangunkan belia termasuklah memberi sokongan dan juga dokongan,”katanya.

Sapawi berkata dengan adanya persatuan belia, suara hati belia boleh disampaikan kepada kerajaan menerusi barisan kepimpinan persatuan tersebut.

Bagaimanapun Sapawi mengingatkan agar barisan kepimpinan persatuan itu tidak mempergunakannya untuk kepentingan diri.

Katanya banyak persatuan belia musnah kerana barisan kepimpinannya lari daripada matlamat danperjuangan yang sebenar.

“kita tidak mahu perkara ini berlaku…apa juga perancangan perlu dibincangkan bersama capai kata sepakat,”katanya lagi.

Ahli Parlimen Sipitang itu juga mengingatkan agar golongan belia tidak melupakan kedua ibubapa mereka.

Untuk mendapat keberkatan,katanya,ibu bapa hatus sentiasa dihargai dan dihormati.

Di majlis tersebut Sapawi juga telah menyampaikan tiga anugerah kepada wanita yang berjaya dalam bidang masing-masing antaranya Anugerah ibu Contoh Siti Hawa Muslim, Anugerah Usahawan Wanita Sainah Senang dan Anugerah Ibu Mathali Rasmeni Osman .

a)



Share |