Monday, June 4, 2012

Pesta Ka'amatan Kg. Laboi, Luagan, Beaufort.



JOHAN…Kejelitaan Maslina Syabadar,17, (duduk) yang muncul johan pertandingan Unduk Ngadau
TAHNIAH…Kamarlin menyampaikan hadiah saguhati kepada salah seorang peserta pertandingan Unduk Ngadau di majlis tersebut.
SUMBANGAN…Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin menyampaikan sumbangan kain baldu kepada pengerusi penganjur Abdul Madih Asit.
RASMI…Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin memukul gong tanda sembolik perasmian majlis tersebut.

MERIAH…sapawi dan Kamarlin bersama penduduk setempat yang menghadiri majlis tersebut.

LUAGAN (Beaufort): Persefahaman dan perpaduan kaum akan terus menjadi keutamaan kepada kerajaan Barisan Nasional.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata keharmonian dan kemakmuran terasnya ada persefahaman serta perpaduan kaum.

Katanya jika perpaduan dan persefahaman tidak menjadi keutamaan sudah tentu rakyat akan tidak mampu menikamati keharmonian dan kemakmuran.

“kita tidak akan dapat meraikan sebarang perayaan dengan penuh kegembiraan dan meriah jika persefahaman dan perpaduan kaum diabaikan,”katanya pada pesta ka’amatan Kampung Laboi di sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah wakil rakyat Lumadan Kamarlin Ombi, Pengerusi Penganjur Abdul Madih Asit, Pegawai Parlimen Sipitang Matbali Musah, Ketua Anak Negeri Lumadan Jalip Sabli dan Ketua Umno Zon Lumadan Muanam Mujiarto

Sapawi berkata BN bukan pembangkang yang tidak utamakan perpaduan dan persafahaman kaum.

Beliau berkata pembangkang sanggup memainkan isu-isu perkauman dan agama hanya untuk kepentingan diri sendiri.

Menurutnya pembangkang tidak kisah jika rakyat pelbagai kaum saling bertelagah asalkan matlamat politik mereka tercapai.

Beliau berkata pembangkang hanya pentingkan diri mereka dan tidak peduli akan kepentingan rakyat.

“BN bukan pembangkang,BN lebih utamakan dan pentingkan rakyat…bagi BN rakyat diutamakan,”katanya lagi.

Sapawi berkata meskipun islam menjadi agama rasmi negara namun agama lain tetap turut diberi perhatian.

Katanya tiada sekatan atau halangan untuk penganut agama lain malah sambutan perayaan keagamaan turut diraikan bersama.“ rakyat tanpa mengira kaum dan agama sama-sama meraikan perayaan tersebut, katanya lagi.

Di majlis tersebut seramai 12 orang peserta mengikuti pertandingan Unduk Ngadau dimana Maslina Syabadar,17 telah diumunkan sebagai johan dan Sandalena Lok,16, dan Cecilia Patrick,18, masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga.

Share |