Thursday, July 12, 2012

Program Mesra Rakyat Kg Suasa

SOKONGAN PADU….Sebahagian penduduk setempat yang menghadiri majlis tersebut.
MAKANAN TRADISI…Sapawi bersama Ruslan dan Mat Saidi sedang menjamu makanan tadisional kampung tersebut ‘Ambuyat’
PRIHATIN…Sapawi dan kamarlin menerima penjelasan daripada Pengerusi KRT Kg Suasa Ruslan Muharam mengenai hakisan tebing yang melanda kampung tersebut.
IKHLAS…Sapawi diperhatikan oleh kamarlin dan Ruslan menyampaikan sumbangan jersi dan bola kepada Faizil Bilie pengerusi belia kampung Lalangut

SUMBANGAN…Sapawi mengisi air ke dalam dua tangki yang di sumbang bagi kegunaan penduduk kampung setempat

SUASA (Beaufort): Rakyat perlu sentiasa berwaspada dengan permainan pembangkang yang sentiasa berusaha untuk memperdaya dan mempengaruhi mereka.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata pembangkang hanya mahu mempergunakan dan memperbodohkan rakyat demi kepentingan seseorang.

“Apa yang dilakukan oleh pembangkang hanyalah untuk kepentingan seseorang dan bukannya untuk kepentingan rakyat,” katanya pada perasmian Program Mesra Rakyat peringkat Kampung Suasa di dewan perpindahan banjir di sini kelmarin.

Katanya rakyat harus sedar bahawa apa yang dihebahhebohkan oleh pembangkang adalah dakyah dan fitnah semata-mata.

Beliau berkata perjuangan pembangkang amat jauh berbeza dengan perjuangan Barisan Nasional.

Menurutnya perjuangan BN lebih mengutamakan kepentingan rakyat berbanding pembangkang yang berjuang untuk kepentingan seseorang.

“Atas perjuangan itulah pembangkang sanggup mengutarakan pelbagai isu termasuklah isu yang boleh memecahbelahkan rakyat,” katanya dan menambah pembangkang juga hanya mahu mempergunakan dan memperbodoh-bodohkan rakyat untuk kepentingan mereka.

Katanya rakyat wajar bersyukur dengan apa yang dilakukan oleh BN dalam memastikan rakyat terus menikmati kehamonian dan juga kemakmuran.

Beliau berkata rakyat sendiri telah melihat akan kesungguhan Kerajaan BN dalam melaksanakan pembangunan dan kemajuan untuk rakyat.

“Pembangunan dan kemajuan yang dilakukan adalah untuk kepentingan rakyat dan ini sudah cukup membuktikan betapa perjuangan BN bukan untuk kepentingan seseorang tetapi untuk rakyat,” katanya lagi.

Majlis anjuran Kemas Beaufort dan JKKK kampung Suasa turut dihadiri Adun Lumadan Kamarlin Ombi, Pegawai Kemas Beaufort Alex Udi, Penolong Jurutera Air Beaufort Mat Saidi Mat Bidin, Pemaju Mukim Lumadan Bellie Muntol, Pengerusi Pelaksana Ruslan Muharam , Ketua Kampung Suasa Kida Hassan dan Ketua Kampung Nabahan Bandarikin Lundu.

Sapawi juga menegaskan bahawa usaha untuk memajukan dan membangunkan kawasan Lumadan akan terus dilakukan.

“Saya sedar perkara ini…saya dengar rungutan penduduk kampung seperti Kampung Suasa, Mentulud, Berumbai dan Kebajang…memang kita sendiri turut memikirkan usaha bagi menyelesaikan masalah air dan juga jalan.

“Perkara ini tidak akan didiamkan, saya dan wakil rakyat Lumadan (Kamarlin Haji Ombi) akan berusaha membantu agar masalah ini dapat diselesaikan,” katanya.

Beliau juga berkata kerajaan telah mengambil tindakan segera apabila telah meluluskan projek yang bernilai jutaan ringgit bagi menaiktaraf tangki utama di Kampung Guramat dan Padas Damit bagi menampung kapasiti penduduk yang bertambah

Projek itu juga telah melibatkan membesarkan paip air daripada saiz 4 inci kepada 6 inci untuk memudahkan penyaluran ke kawasan yang besar, katanya.

“Rakyat tidak perlu merasa bimbang kerana masalah mereka diberi perhatian oleh BN…masalah ini tidak akan dibiarkan,” katanya lagi.

Share |