Sunday, September 23, 2012
Merdekaraya Taman Sri Panglima, Beaufort.
BERTUAH…Sapawi
diperhatikan olehKamarlin dan Jimran menyampaikan hadiah kepada pngunjung
bertuah di majlis tersebut.
MERIAH…Sebahagian
penduduk setempat yang menghadiri majlis tersebut
SUMBANGAN…Sapawi
diperhatikan oleh Kamarlin menyampaikan set jersi dan bola kepada wakil belia
di majlis tersebut.
SEMBOLIK…Sapawi dan
Kamarlin menanam pokok sebagai tanda sembolik pembinaan surau baru Taman Sri
Panglima, Beaufort.
MANTAP…Sapawi dan
Kamarlin merakamkan kenangan bersama AJK pelaksana program tersebut.
BEAUFORT: Semangat
kejiranan tetangga bukan sahaja perlu dipertahankan tetapi perlu dipastikan
berpanjangan.
Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata ia
penting bagi memastikan keharmonian dan ketenteraman terus dinikmati oleh
penduduk setempat.
“Semangat kejiranan ketika ini semakin terhakis dengan
sikap kita yang lebih mengutamakan kepentingan diri,” katanya pada majlis
Merdeka Raya Taman Sri Panglima di sini kelmarin.
Hadir sama pada majlis yang dihadiri lebih 300 penduduk setempat termasuklah
Adun Lumadan Kamarlin Ombi, pengerusi pengelola Jimran Mat Kahar dan Naib Ketua
Pemuda Umno Sipitang Matbali Musah.
Sapawi berkata sesibuk manapun seseorang itu semangat
kejiranan perlu ada dan ia juga perlu untuk dipertahankan.
Katanya sikap mementingkan diri sendiri bukan sahaja
menjauhkan seseorang itu daripada masyarakat malah ianya juga boleh menjejaskan
keharmonian dan ketenteraman tergugat.
“Tiada siapa di antara kita yang tidak mahu menikmati
kehidupan yang tenteram dan harmoni tetapi ia tidak mungkin dapat kita rasai
jika sikap pentingkan diri lebih diutamakan.
“Agak menyedihkan jika kita tidak mengenali jiran di
sebelah dan budaya ini tidak harus diwariskan kepada generasi akan datang,”
katanya dan menambah soal keharmonian dan kententeraman tidak harus hanya
disandarkan kepada pihak berkuasa semata-mata.
Menurutnya keharmonian dan ketenteraman adalah
tanggungjawab semua pihak dan tidak hanya kepada pihak berkuasa.
Beliau berkata Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa
menggalakkan agar rakyat meningkatkan semangat kejiranan.
Katanya semangat kejiranan tersebut dapat mewujudkan
permuafakatan antara penduduk setempat tanpa mengira kaum dan anutan agama.
“Permuafakatan akan dapat membantu mengatasi apa juga
masalah yang ada,” katanya lagi.
Sementara itu Sapawi juga berkata Kerajaan BN mengingati
apa yang telah dijanjikan dan akan mengotakannya.
Katanya kelulusan bagi membina surau baru di taman
tersebut adalah bukti apa yang dijanjikan telah dikotakan.
“Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah telah
meluluskan peruntukan RM190 ribu bagi pembinaan surau baru taman ini,” katanya.