Sunday, September 23, 2012

Sambutan Malam Hari Malaysia Di Esplanade Sipitang

 SAPAWI bersama kamarlin dan Ahmad menaiki kereta berhias bagi menyemarakan sambutan Hari Malaysia pada malam tersebut.
 SAPAWI bersama Kamarlin dan Ahmad bersama ribuan pengunjung menghadiri malam sambutan Hari Malaysia Sipitang.
 GURU Besar S.K Melalia Kasa Saidi bersama pelajar sekolah yang menyertai perarakan ‘Tanglung’ di malam tersebut.
 SAPAWI diperhatikan oleh Kamarlin dan Ahmad menyampaikan hadiah kepada Ganit Sanai mewakili SMPO 2 Sipitang yang memenangi pertandingan di malam tersebut.

PERCIKAN bunga api selama setengah jam mengamit ribuan penonton yang hadir.

ESPLANDE Sipitang yang menjadi salah satu mercu tanda kemajuan dan pembangunan di Sipitang, dibanjiri lebih 10,000 orang untuk bersama-sama menyambut Hari Merdeka dan Hari Malaysia peringkat daerah Sipitang 16 September lalu.
            Kehadiran ramai itu bukan sekadar memeriahkan sambutan tetapi ia turut membuktikan betapa rakyat Sipitang sememangnya memiliki semangat patriotisme yang tinggi dan amat membanggakan.
            Semangat patriotisme itu juga membuktikan bahawa rakyat Sipitang sememangnya mahu keharmonian dan kemakmuran negara terus dinikmati dengan Barisan Nasional (BN) kekal sebagai kerajaan.
            Seperti kata Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad, semangat itulah juga membolehkan kemerdekaan negara ini terus kekal.
            “Kita berbangga dengan semangat yang diperlihatkan oleh rakyat dan ini membuktikan usaha BN dalam memastikan keharmonian dan kemakmuran negara terus dinikmati mendapat sokongan daripada rakyat,” katanya pada sambutan Malam Merdeka di Esplande Sipitang.
            Katanya dalam memastikan keharmonian dan kemakmuran dinikmati, BN juga akan terus berusaha memastikan kemerdekaan negara tidak akan dimusnahkan oleh pihak-pihak tertentu yang membawa anasir-anasir jahat kepada rakyat.
            “BN tidak akan berdiam dan akan melakukan apa sahaja untuk memastikan kemerdekaan negara terus kekal dan semua ini adalah untuk rakyat pelbagai kaum,” katanya lagi.
            Menurutnya rakyat perlulah sentiasa berwaspada agar tidak dipengaruhi oleh pihak tertentu terutamanya pembangkang.
            Katanya pembangkang melakukan apa sahaja untuk mempengaruhi rakyat termasuklah cuba menghebahkan fakta salah terhadap sejarah pejuang kemerdekaan.
            Selain itu Sapawi berkata pembangkang juga sanggup melaga-lagakan rakyat pelbagai kaum dengan membangkitkan isu-isu perkauman.
            “Ini bukan yang kita mahukan...keharmonian dan kemakmuran yang dinikmati rakyat akan dipertahan dan dipertingkatkan oleh BN,” katanya lagi.
            Pada malam sambutan itu Sapawi bersama-sama wakil rakyat Sindumin Ahmad Bujang dan wakil rakyat Lumadan Kamarlin Haji Ombi turut bersama-sama rakyat menjayakan perarakan.
            Ketiga-tiga pemimpin tersebut menaiki kereta berhias bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan dan diceriakan dengan perarakan tanglung.
Pada malam itu juga pengunjung telah dihiburkan oleh artis-artis Pentarama (Jabatan penerangan) serta artis jemputan Lotter AF dan ‘The Greates Papet’ di datangkan khas daripada Wilayah Persekutuan Labuan disamping pertandingan lagu-lagu patriotik.
Percikan bunga api selama setengah jam telah mengakhiri program tersebut
Share |