Kelihatan Sapawi dan Latip dan Razak serta sebahagian guru-guru yang hadir di majlis tersebut.
AIDILFITRI BERSAMA PENDIDIKAN...Majlis rumah terbuka Aidilfitri Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sipitang turut diceriakan oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad.
Majlis tersebut diadakan di perkarangan letak kereta PPD Sipitang di mana Sapawi yang ditemui pada majlis itu berkata ia bukan sekadar sambutan tetapi ruang terbaik kepada PPD untuk mendekati rakyat.
“Dalam menjayakan transformasi pendidikan, ia memerlukan sokongan daripada rakyat dan inilah salah satu cara untuk PPD Sipitang mendekati dan seterusnya membina hubungan dengan rakyat,” katanya lagi.
Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Pegawai Daerah Sipitang Latip Amat, Pegawai Pendidikan Sipitang Abdul Razak Bin Abdul Karim dan Pegawai Khas Adun Sindumin Abdul Madi @ Julak.