DEMI
RAKYAT…Sapawi bersama Kamarlin dan rombongan mereda sungai demi menunaikan
tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.
SEMBOLIK…Sapawi
dan Kamarlin melihat papan tanda sempena perasmian MAKP SK Jabang Beaufort.
MERIAH….Sapawi
dan Kamarlin dan tetamu yang menghadiri majlis tersebut
ANUGERAH…Sapawi
diperhatikan oleh Kamarlin dan Jamaludin menyampaikan anugerah jasamu dikenang
kepada mantan Guru Besar SK Jabang Haji Mokhtar Haji Sarih di majlis tersebut.
ROLE
MODEL…Sapawi dan Kamarlin diperhatikan oleh Jamaludin menyampaikan anugerah
ibubapa mithali di majlis tersebut.
BEAUFORT: Kerajaan tidak melupakan golongan pendidik dalam usaha
memastikan pembangunan pendidikan terus berkembang maju.
Ahli Parlimen Sipitang Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad berkata kerajaan menghargai
sumbangan dan tanggungjawab yang dilaksanakan dengan amanah oleh warga
pendidik.
Katanya pembangunan pendidikan tidak akan berkembang maju jika kerajaan
mengetepikan warga pendidik.
“Warga pendidik amat penting dalam memastikan pembangunan pendidikan terus
berkembang maju dan seperkara yang penting ialah apa yang diberikan oleh warga
pendidik sesungguhnya merupakan sumbangan yang amat bermakna dan tidak ternilai
harganya,” katanya pada majlis anugerah kecemerlangan pelajar Sekolah
Kebangsaan di Kampung Jabang dekat sini kelmarin.
Hadir sama pada
majlis tersebut termasuklah Adun Lumadan Datuk Kamarlin Ombi, wakil Pegawai
Pelajaran Beaufort Ali Baba, Ketua Daerah Lumadan Junli Yusuf, Guru Besar SK
Jabang Jamaludin Musleh, Pegawai Perhubungan Ahli Parlimen Sipitang Matbali
Musah dan Pengerusi PIBG SK Jabang Rosli Mat Taib.
Sapawi memberitahu kerajaan memberikan perhatian utama kepada warga pendidikan
sama ada di bandar mahupun di luar bandar.
Katanya kerajaan amat mengehargai dengan apa yang telah dilakukan oleh wrga
pendidik dalam memberikan didikan dan bimbingan kepada generasi yang
berterusan.
Sapawi juga memberitahu selain warga pendidik, kerajaan juga turut memberi
perhatian terhadap ruang serta peluang pendidikan kepada rakyat.
Menurutnya kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan setiap rakyat berpeluang
menikmati pendidikan dan tidak lagi berlaku keciciran.
Beliau berkata dalam memastikan rakyat dapat menikmati pendidikan, kerajaan
memberikan pelbagai bantuan.
Antaranya, katanya, termasuklah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Termiskin (KWAPM),
pemberian RM100, baucer buku dan sebagainya.
“Kerajaan juga sentiasa berusaha mempastikan kemudahan prasarana pendidikan
akan dapat dinikmati oleh rakyat,” katanya dan menambah usaha meningkatkan
pembangunan pendidikan terus dilaksanakan.
Beliau berkata Kerajaan BN bukan seperti yang didakwa oleh pembangkang yang
sentiasa menabur pembohongan dan cuba menafikan apa yang dilakukan oleh BN
kepada rakyat.
“Kita perlu sedar bahawa pembangkang yang datang berceramah di pelususk negeri
ini adalah mereka yang pernah memegang jawatan penting dalam kerajaan BN.
“Sewaktu mereka memegang jawatan itu, jangankan sekali, sebaliknya tidak pernah
mereka datang ke kampung yang berada di luar bandar...malah untuk dijemput
sekalipun amat sukar,” katanya dan menambah, perkara ini sudah cukup jelas
bahawa mereka bukan berjuang untuk rakyat tetapi mengutamakan kepentingan diri
sendiri.