Monday, November 19, 2012

Majlis Bersama Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Di Beaufort.

  MESRA…Sapawi dan Pemangku Ketua Umno Beaufort Isnin Aliasnih beramah mesra dengan Presdien PBS Tan Sri Datuk Sei Panglima Jospeh Pairin Kitingan di majlis tersebut .

 MANTAP…Sebahagian pimpinan Umno Zon Tiga dan PBS yang hadir di majlis tersebut.
 SOKONGAN PADU…Jospeh diiringi oleh Ketua PBS Lumadan selaku pihak penganjur Ruslan Muharam bersalaman dengan ahli-ahli PBS yang hadir di majlis tersebut.


  TAHNIAH…Jospeh diperhatikan oleh pimpinan Umno dan PBS menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang cabutan tiket bertuah di majlis tersebut.

BEAUFORT: Kerjasama dan persefahaman antara parti komponen adalah kekuatan serta kemantapan Barisan Nasional (BN) yang tidak mampu diikuti oleh pembangkang.
            Ketua Penerangan dan Publisti BN Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata parti komponen bijak dalam menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dan penyelesaian itu tidak mewujudkan perpecahan.
            “Penyelesaian adalah menerusi perbincangan dan inilah yang turut memberi keyakinan serta kepercayaan yang tinggi rakyat kepada BN,” katanya di Dewan Pa’ Musa sini kelmarin.
            Sapawi berucap pada majlis bersama Presdien PBS Tan Sri Datuk Sei Panglima Jospeh Pairin Kitingan di sini berkata BN mengambil pendekatan yang lebih berkesan dalam memastikan hubungan antara parti komponen terus kekal.
            Katanya memang terdapat perbezaan pendapat tetapi ianya diselesaikan dengan baik menerusi perbincangan.
            “Keputusan yang dicapai adalah keputusan bersama dan semua parti komponen menerimanya dengan baik dan ini berbeza dengan pembangkang, yang bersetuju dihadapan tetapi melakukan sebaliknya apabila di belakang,” katanya dan menambah rakyat sendiri boleh melihat dengan apa yang berlaku pada pakatan pembangkang.
            Katanya pakatan pembangkang dibentuk tanpa adanya keikhlasan dan kejujuran berbeza dengan BN yang dibentuk menerusi keikhlasan serta kejujuran.
            Menurutnya BN melihat keikhlasan dan kejujuran itu penting dalam memperjuangkan dan membela nasib rakyat.
            “Perjuangan kita adalah untuk rakyat dan inilah yang membolehkan kita ikhlas dan jujur antara satu sama lain tetapi berbeza dengan pakatan pembangkang yang berjuang untuk kepentingan seseorang dan bukannya rakyat.
            “Apabila perjuangan itu untuk diri sendiri sudah tentu keikhlasan dan kejujuran tidak akan tercapai dan ini juga membuatkan mereka menjadikan rakyat sebagai mangsa...mereka mempergunakan dan mengelirukan rakyat dengan menaburkan pelbagai pembohongan,” katanya lagi.
            Dalam pada itu Sapawi yang juga Ketua Umno Bahagian Sipitang berkata Umno Sipitang bersama PBS serta parti komponen yang lain akan terus mendekati akar umbi bagi memastikan rakyat tidak menjadi mangsa pembangkang.
            Katanya PBS dan parti komponen lain mempunyai perancangannya sendiri dan begitu juga dengan Umno.
            Bagaimanapun, beliau memberitahu perancangan itu tetap dilaksanakan dengan mendapat sokongan dan dokongan antara parto komponen.
            “Kita memberikan sokongan dan dokongan kepada parti komponen dan begitulah juga dengan Umno yang turut mendapat sokongan dan dokongan daripada parti komponen yang lain,” katanya lagi.


Share |