KORBAN…Musa diperhatikan oleh Sapawi
dan pimpinan Umno menyaksikan ibadah korban sempena majlis tersebut.
MESRA…Musa diiringi oleh Sapawi dan
kamarlin bersalaman dengan tetamu yang hadir di majlis tersebut.
SOKONGAN PADU…Sebahagian kakitangan
kerajaan dan penduduk setempat yang menghadiri majlis tersebut.
PRIHATIN…Musa bersama Sapawi
menyampaikan sumbangan kepada warga emas di majlis tersebut.
BANTUAN…Musa bersama Sapawi
menyampaikan sumbangan bantuan 1MDB kepada salah seorang yang layak menerima di
majlis tersebut.
BEAUFORT: Keyakinan terhadap
kerajaan dan barisan kepimpinan Barisan Nasional meletakkan Sabah sebagai kubu
kuat kepada BN.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman berkata perkara tersebut menjadi
persoalan dan tanda-tanya di kalangan anggota Umno di Semenanjung.
“Saya ditanya mengenai hal ini dan saya menjawab bahawa kita di Sabah apabila
mengetahui kerajaan, pemimpin dan parti BN adalah terbaik maka kita tidak
ragu-ragu untuk beri sokongan,” katanya pada majlis Penyampaian Bantuan 1MDB
dan Majlis Korban Peringkat Parlimen Sipitang di sini kelmarin.
Menurutnya keyakinan dan sokongan itu diberikan kerana rakyat negeri ini
mahukan keamanan dan keselesaan yang berterusan bukan sahaja pada waktu ini
tetapi juga untuk generasi akan datang.
Katanya sokongan itu juga boleh dilihat dengan kehadiran ramai rakyat pada
majlis yang dihadiri oleh Perdana Menteri.
“Kehadiran ramai itu sudah cukup membuktikan sokongan rakyat dan kita bersyukur
kerana memiliki Perdana Menteri yang telah memperkenalkan dan melaksanakan
pelbagai program yang menjurus kepada rakyat,” katanya.
Beliau berkata antaranya termasuklah memperkenalkan BR1M selain mengilhamkan 1
MDB yang merupakan NGO yang melaksnakan CSR.
“Semua ini adalah untuk rakyat dan Perdana Menteri sentiasa memikirkan cara
terbaik bagi membantu rakyat,” katanya dan menambah rakyat harus tidak
terpengaruh dengan pembohongan yang dilontarkan oleh pemimpin pembangkang yang
datang ke negeri ini.
Katanya pemimpin pembangkang itu datang ke Sabah untuk membohongi pembangkang
dengan mengemukakan pelbagai pembohongan dan menabur janji sedangkan apa yang
dikatakan tidak pernah dilaksanakan.
Beliau memberitahu BN telah melaksanakan pelbagai pembangunan untuk rakyat dan
amat menyedihkan apabila ada yang mengatakan bahawa BN zalim dan tidak membawa
pembangunan.
“Kita akan bekerja dengan lebih gigih agar rakyat mendapat pembelaan yang
sewajarnya dan kita tidak mahu kerana seseorang yang memikirkan kepentingan
diri rakyat pula hatus menderita,” katanya.
Menurutnya tidak pernah dalam sejarah negeri ini memiliki RM4.088 bilion dalam
bajet dan ia membuktikan bahawa Sabah terbaik dalam pengurusan kewangan.
Katanya ramai pelabur datang kerana kestabilan dan kemakmuran di negeri ini.
“Fikirkan masa depan...kita ada hub pendidikan, POIC dan sebagainya,” katanya
lagi.
Pada majlis itu Musa turut mengumumkan kelulusan RM100 ribu untuk padang
sekolah, dewan makan dan turut meminta agar Jabatan Kerja Raya mengambil
tindakan susulan terhadap projek menaiktaraf jalan Kampung Mantulud.
Sementara itu Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad mengingatkan rakyat
agar tidak terkena jangkitan Virusrisma.
Katanya virus daripada pemimpin pembangkang itu adalah untuk menipu dan
mempengaruhi rakyat.
“Pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim sewaktu menjadi timbalan perdana menteri
tidak pernah menjejak kaki ke Beufort tetapi ketika ini sering datang ke Sabah
kerana mahu mempengaruhi rakyat dengan pelbagai pembohongan,” katanya.
Menurutnya pembangkang begitu berminat untuk datang ke negeri ini setelah
melihat Sabah ditadbir urus dengan baik dan mempunyai kedudukan kewangan yang
terbaik oleh Ketua Menteri.
Beliau berkata sikap pembangkang itu amat jelas hanya memikirkan kepentingan
diri berbanding kepentingan rakyat.
“Mereka datang ke negeri ini dan berceramah dengan melontarkan pelbagai pembohonganm”
katanya lagi.
Beliau memberitahu rakyat boleh melihat dengan jelas akan kesungguhan BN dalam
melaksanakan pembangunan dan kemajuan.
Katanya di Parlimen Sipitang misalnya dilaksanakan pelbagai projek pembangunan
untuk rakyat.
Projek Minyak dan Gas seperti Terminal Minyak dan Gas (SOGT) di Kimanis dan
Loji Urea Amonia Sabah (SAMUR) telah memberi impak positif terhadap pembangunan
di Sipitang, katanya dan menambah dakwaan pembangkang bahawa Beaufort dan
Sipitang tidak membangun adalah pembohongan untuk mengelirukan rakyat.
Katanya Beaufort dan Sipitang telah menikmati pelbagai projek pembangunan
seperti infrastruktur asas dan projek perumahan.
Di majlis itu juga Musa telah
menyampaikan sumbangan bantuan 1MDB kepada 647 orang yang layak menerimanya dan 12 ekor kerbau korban.