PRIHATIN…Sapawi diperhatikan oleh Pemaju Mukin Suasa Billeh Untol menyampaikan sumbangan kepada warga emas di majlis tersebut.
Sunday, November 4, 2012
Sambutan Aidiladha Di Kg. Kebulu Gumarit, Beaufort.
PRIHATIN…Sapawi diperhatikan oleh Pemaju Mukin Suasa Billeh Untol menyampaikan sumbangan kepada warga emas di majlis tersebut.
NYAMAN…Sapawi bersama
Matbali dan Roslan sedang menikamti makanan tradisi ‘Ambuyat’ di majlis
tersebut.
BEAUFORT: `Tanya apa yang mereka lakukan sewaktu berada dan
memegang jawatan dalam Kerajaan Barisan Nasional (BN).”
Selepas itu buatlah penilaian sebelum sebarang keputusan dibuat, kata Ahli
Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad.
Katanya sebahagian besar pemimpin pembangkang yang ada ketika ini adalah mereka
yang pernah menjadi anggota parti komponen BN dan pernah memegang jawatan
penting dalam kerajaan dan juga kabinet.
“Kita nilai dengan apa yang mereka lontarkan ketika ini...selepas itu berulah
buat keputusan kerana keputusan yang dibuat itu perlu memberi kesan yang
positif kepada masa depan diri dan juga generasi akan datang,” katanya pada
majlis sambutan Hari Raya Aidil Adha Kampung Kebulu Gumarit dekat sini
kelmarin.
Majlis anjuran
JKKK Kampung, Belia dan AJK Masjid Kampung Lago turut dihadiri oleh Pegawai
Perhubungan Parlimen Sipitang Matbali Musah, Pemaju Mukim Suasa Bileh
Untol,Pengerusi Pelaksana Katim Narudin, Iman Kariah Masjid Lago Maksud Jiris,
Ketua PBS Lumadan Roslan Muharam dan AJK Umno Sipitang Maunam Mujiarto.
Sapawi berkata ada yang dilontarkan oleh pemimpin pembangkang itu hanyalah
pembohongan dan fitnah semata-mata.
Katanya rakyat perlu melihat bahawa pemimpin pembangkang ini sewaktu berada
dalam kerajaan dan kabinet amat sukar sekali untuk menjejak kaki ke Beaufort
malah ke beberapa daerah lain di negeri ini.
“Mereka sebelum ini tidak pernah kisah terhadap rakyat Sabah malah sikap itulah
juga yang masih kebal dalam diri mereka,” katanya dan menambah apa yang
dimahukan oleh pemimpin pembangkang itu hanya untuk memperalatkan dan
memgelirukan rakyat demi kepentingan mereka sendiri.
Beliau berkata dakwa pemimpin pembangkang itu bahawa mereka berjuang untuk rakyat
adalah bohong dan tidak wajar dipercayai serta diyakini.
Katanya pembangkang hanya mahu memperjuangkan kepentingan individu tertentu dan
bukannya rakyat.
“Inilah perbezaan yang ada dalam BN...kita berjuang ikhlas untuk rakyat dan
kita tidak mempergunakan atau memgelirukan rakyat sebaliknya kita berjuang
dengan meletakkan kepentingan serta keutamaan kepada rakyat,” katanya lagi.
Sapawi juga berkata berbeza dengan BN, pembangkang sanggup melakukan apa sahaja
termasuklah mahu menghancurkan persefahaman dan perpaduan rakyat pelbagai kaum
di negara ini.
“BN akan memastikan persefahaman dan perpaduan kaum terus erat kerana inilah
juga yang mendorong segala perancangan bagi memastikan rakyat terus menikmati
kemakmuran dan juga keharmonian,” katanya.