Monday, November 19, 2012

Majlis Penutupan Bulan Kebersihan, Kecergasan dan Kesihatan (3k) dan Berjalan Seribu Langkah

 TERTARIK…Sapawi amat tertarik dengan pameran yang di kelolakan oleh Pejabat Kesihatan Beaufort  sempena majlis tersebut.
 BERTANYA…Sapawi ditemani oleh Mohamad (dua dari kanan) sedang bertanya sesuatu kepada salah seorang staf kesihatan Beaufort ketika melawat gerai kesihatan di majlis tersebut.
 MESRA…Sapawi diiringi oleh Mohamad bersalaman dengan penduduk setempat ketika menghadiri majlis tersebut.
 SOKONGAN PADU…Sebahagian penduduk setempat yang menghadiri majlis tersebut.

 SUMBANGAN…Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin dan Presiden Lion Club Beaufort Rony (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan cermin mata kepada salah seorang penerima di majlis tersebut.

WESTON (Beaufort): Peningkatan mutu kesihatan bukan sahaja menjadi prasyarat mencapai kemajuan negara tetapi ianya mampu meningkatkan jangka hayat.
                Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata rakyat yang sihat akan berupaya memastikan perancangan dan perencanaan bagi mencapai kemajuan dan pembangunan akan tercapai.
                “Tidak akan bermakna jika sesebuah negara yang maju dan membangun tetapi memiliki rakyat yang tidak sihat…pembangunan kesihatannya tidak menentu,” katanya pada majlis penutupan Bulan Kebersihan, Kecergasan dan Kesihatan (3k) dan berjalan seribu langkah di sini kelmarin.
                Majlis anjuran Panel Kesihatan Klinik Kesihatan Weston (PPKKW) turut dihadiri oleh Adun Lumadan Datuk Kamarlin Ombi, Pegawai Kesihatan Kawasan Beaufort Dr. Yassin Kamarul Jamal, Pengerusi PPKKW Mohamad Bakar, Pengerusi PPKKW Kinarut Pangiran Murshidi Pangiran Kamarudin, Pegawai Perhubungan Parlimen Sipitang Matbali Musah, Presiden Lion Club Beaufort Rony  dan Ketua Anak Negeri Bungo Abdul Aziz.
Sapawi berkata rakyat yang sihat akan menjadi penentu kea rah mencapai negara maju dan bertamadun.
                Menurutnya Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengabaikan soal pembangunan kesihatan dan sentiasa berusaha menyediakan perkhidmatan serta kemudahan prasarana kesihatan terbaik untuk rakyat.
                Sapawi berkata rakyat perlu sedar betapa pentingnya kesihatan dan apa yang disediakan oleh kerajaan perlulah dipergunakan dengan sebaik-baiknya.
Katanya, lesedaran mengenai kepentingan budaya hidup sihat yang bermula dalam sesebuah keluarga akan menjadi penentu melahirkan masyarakat sihat dan mengutamakan kebersihan malah menyumbang kepada keupayaan negara melahirkan modal insan berkualiti dan berinovasi.

Share |