Thursday, July 26, 2007

Sapawi lawat rumah mangsa ribut di Kuala Mengalong, Sipitang


Kelihatan dalam gambar Sapawi menyerahkan bantuan zink kepada Arsad sambil diperhatikan Pegawai Pembangunan Mastarakat (CDO) Sipitang Abdul Rahman Mohd Noh (kanan), Pengerusi Putera Umno Sipitang Jaafar Jalap (dua dari kanan) dan Pengerusi JKKK Kampung Kuala Mengalong Ahmad Sembilan (tiga dari kanan) pada kunjungan tersebut.


DIBANTU…bagi Arsad Mohd Taha, (53) seorang nelayan di Kampung Kuala Mengalong, kunjungan Pembantu Menteri Kewangan Datuk Sapawi Ahmad yang juga wakil rakyat Sindumin ke kediamannya, memberi keceriaan bukan sahaja kepada dirinya tetapi juga keluarganya.


Arsad dan keluarganya ditimpa malang apabila kediaman mereka mengalami kerosakan akibat ribut yang melanda baru-baru ini.

Bagi meringgankan bebanan itu, Sapawi menghulurkan bantuan berupa zink dan sumbangan peribadi kepada Arsad.

“Kita berharap bantuan yang diberikan dapat Arsad dan keluarganya,” kata Sapawi yang bersimpati dengan nasib yang menimpa kepada Arsad dan keluarga.

Bagaimanapun Sapawi berharap Arsad dan keluarga tabah serta sabar dalam menghadapi dugaan seumpama itu.


Share |