DIHARGAI…Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin menerima cenderakengan daripada Pengarah Belia dan Sukan Labuan Zawiah Muhammad di majlis tersebut.
Ahli Parlimen Sipitang itu berkata kerajaan sama sekali tidak akan mengabaikan pembangunan belia.
“Golongan belia wajar bersyukur kerana kerajaan tidak pernah mengabaikan program pembangunan untuk mereka,” katanya pada majlis penutupan penyerahan semula anak angkat di bawah program jati diri kesukarelaan nasional di Kampung Suasa dekat sini kelmarin.
Katanya tumpuan yang diberikan oleh kerajaan kepada golongan belia bukan sekadar pembangunan fizikal tetapi juga kepada pembangunan minda, ilmu dan juga pemikiran.
“Kita mahu golongan belia adalah golongan yang terbaik, memiliki kekuatan dalaman diri dan berdaya saing,” katanya dan menambah pembinaan jati diri golongan belia turut diberi tumpuan oleh kerajaan.
Seramai 37 keluarga dengan 109 golongan belia terlibat dengan program tersebut yang melibatkan Kampung Suasa dan Lago turut dihadiri oleh Wakil Rakyat
Sapawi turut berharap agar program seumpama itu berupaya membentuk jati diri dan mematangkan golongan belia.