Thursday, July 24, 2008

lawatan hospital

PRIHATIN…Sapawi diringi oleh Pegawai Kesihatan Sipitang Moizon Tikuson dan Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Sipoitang Abdul Rahman Mohd Noh sedang bertanyakan sesuatu kepada salah seorang pesakit di wad hospital Sipitang.




SIPITANG: Penduduk di daerah sini dinasihatkan agar berhati-hati dalam mengambil sebarang makanan ataupun minuman.


Ahli Parlimen Sipitang Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad berkata langkah itu penting bagi memastikan penduduk dapat mengelak daripada diserang sebarang penyakit termasuklah penyakit taun.


“Kita wajar berhati-hati iaitu dengan cara memastikan setiap makanan dan minuman yang diambil terjamin mutu serta kebersihannya,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke atas pesakit yang disyaki menghidap taun di Hospital Daerah Sipitang kelmarin.


Beliau berkata antara langkah yang wajar diambil ialah memastikan makanan dan minuman tersebut telah dimasak dan selamat untuk dipergunakan.


Katanya air yang digunakan untuk diminum hendaklah dimasak terlebih dahulu dan begitu juga dengan makanan.


“Tidak salah untuk kita mengambil langkah seumpama ini…mencegah adalah lebih baik berbanding bertindak sesudah kena,” katanya lagi.

Share |