Tuesday, June 30, 2009

Sapawi: Komuniti Bestari Mampu Jayakan Gagasan 1 M'sia


SEDAP...Sapawi dan Ahmad menunjukkan tanda bagus setelah meminum air sumbangan Vico sempena melawat gerai pameran di Sepakat Bestari Sipitang


KEMPEN...Sapawi dan Ahmad diperhatikan oleh Pengarah JKJR Sabah Herdiansah Abdul Karim (kiri) memakaikan topi keledar yang baru kepada pengguna motosikal di daerah Sipitang.



TETARIK...Sapawi diperhatikan oleh Ahmad sedang melawat gerai pameran daripada suku kaum Lundayeh dimajlis tersebut.



LANCAR...Sapawi diperhatikan oleh Ahmad dan Azizan melancarkan Pra Festival GATA Sipitang 2009 sempena majlis tersebut.


SIPITANG: Komuniti Bestari mampu menjayakan konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri.
Exco Penerangan Negeri Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata komuniti bestari memainkan peranan penting khususnya dalam membina dan memperkukuhkan persefahaman serta perpaduan kaum.
Beliau berkata konsep Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan turut memfokuskan kepada persefahaman dan perpaduan kaum.
“Persefahaman dan perpaduan kaum adalah kunci kepada keharmonian serta kemakmuran yang dinikmati ketika ini,” katanya ketika merasmikan Sepakat Bestari dan Pra Pelancaran Festival Gasing dan Tamu Sipitang (Gata) 2009 di sini kelmarin.
Hadir sama pada majlis itu termasuklah Wakil Rakyat Sindumin Ahmad Bujang, Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Azizan Din, Pegawai Daerah Sipitang Abdul Wahap Abdul Hamid, Ketua Daerah Sipitang Arif Ismail dan Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin Abdul Rahman Noh.
Ahli Parlimen Sipitang itu menegaskan persefahaman dan perpaduan itu juga membolehkan kestabilan politik diwujudkan.
Katanya peranan serta tanggungjawab komuniti bestari ialah memastikan persefahaman dan perpaduan kaum itu bukan sahaja dikekalkan tetapi juga dipertingkatkan.
Oleh itu, beliau memberitahu adalah amat penting kepada komuniti bestari memahami dan menghayati konsep Satu Malaysia.
“Nilai-nilai yang terdapat dalam konsep itu perlu dihayati dan difahami,” katanya dan menambah nilai-nilai itulah yang harus diterangkan kepada rakyat khususnya akar umbi.
Sambil meminta agar komuniti bestari terus mendekati akar umbi, Sapawi turut berharap agar komuniti bestari bergerak aktif dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti dengan sasarannya secara menyeluruh.
Dalam pada itu beliau turut memaklumkan bahawa sambutan Festival Gasing dan Tamu Besar GATA Sipitang 2009 akan bermula pada 31 Julai sehingga 2 Ogos.
Share |