Thursday, July 2, 2009

Ahli Umno Guna Saluran Tepat


MESRA RAKYAT...Sapawi bersalman dengan sebahagian ahli Umno yang hadir pada Mesyuarat Cawangan Umno Berkelompok Zon Pantai, Sipitang


TANGGUNGJAWAB...Sapawi dan Ahmad ketika menghadiri Mesyuarat Cawangan Umno Berkelompok Zon Usuk.





SIPITANG: Anggota Umno diharap dapat menggunakan saluran yang tepat dalam mengemukakan sebarang permasalahan.
Ketua Umno Bahagian Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata perkara itu adalah bagi membolehkan tindakan segera diambil.
“Gunakan saluran yang tepat untuk mengemukakan masalah yang ada...kita mahu masalah itu diambil tindakan segera dan tidak tertangguh,” katanya ketika merasmikan mesyuarat cawangan Umno berkelompok bagi Zon Pantai 1, Pantai 2, Banting dan Usuk di sini kelmarin.
Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Ketua Penerangan Umno Sipitang Ahmad Bujang, Setiausaha Umno Sipitang Alidin Mohamad, Ketua Puteri Umno Sipitang Maimunah Sidik, Naib Ketua Wanita Umno Sipitang Rokiah Abdullah, Naib Ketua Pemuda Umno Sipitang Matbali Musah
Beliau berkata setiap masalah yang dikemukakan pasti akan diberikan perhatian dan tindakan akan diambil.
Bagaimanapun Sapawi menegaskan bahawa tindakan segera tentu sukar dilaksanakan jika anggota parti memilih untuk tidak menggunakan saluran yang disediakan.
Menurutnya Umno menyediakan saluran untuk anggotanya mengemukakan sebarang masalah khususnya masalah yang dihadapi oleh akar umbi.
Dalam pada itu Sapawi yang juga Ketua Penerangan Umno Sabah memberitahu Kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi perhatian serius program pembangunan khususnya di luar bandar.
Beliau berkata pelbagai peruntukan telah disediakan bagi membantu membangun dan memajukan luar bandar.
“Kerajaan BN adalah kerajaan yang mempunyai keupayaan serta kemampuan tetapi program pembangunan yang dilaksanakan adalah berasaskan keutamaan,” katanya lagi.
Menurutnya sebarang permohonan yang dikemukakan terlebih dahulu akan dilihat keutamaannya.
Beliau memberitahu langkah itu adalah untuk memastikan program pembangunan yang dilaksanakan mencapai sasaran yang sebenar.
“Program pembangunan seperti pelaksanaan insfrastruktur, prasarana dan sebagainya akan dilaksanakan mengikut keutamaan...kita tidak melaksanakan secara sembarangan yang akibatnya keutamaan rakyat diketepikan,” katanya lagi.

Share |