Friday, July 3, 2009

Acara Sukan Sempena Sepakat Bestari Sipitang


JOHAN...Sapawi merakamkan kenangan bersama-sama pasukan SFI yang menjuarai cara tali tali sempena majlis tersebut.


TAHNIAH...Sapawi diperhatikan oleh Pegawai Daerah Sipitang Abdul Wahap Abdul Hamid menyampaikan hadiah kepada johan pertandingan Sepak Takraw di majlis tersebut.
SIPITANG: Pasukan Sabah Forset Industries (SFI) Sipitang dan pasukan Kampung Panglong, Siputol masing-masing menjuarai pertandingan tarik tali dan sepak takraw sempena program Sepakat Bestari di sini.
SFI menjuarai pertandingan tarik tali dengan mengetepikan saingan pasukan Kampung Melalia untuk memenangi RM500. Kampung Melalia yang menduduki tempat kedua menerima RM300.
'
Pasukan Kampung Kuala Mengalong menduduki tempat ketiga dengan menerima RM200 manakala Kampung Menangah tempat keempat menerima RM100.
Pasukan Kampung Panglong Siputol pula menjuarai pertandingan sepak takraw untuk memenangi RM500 dengan mengetepikan pasukan Kampung Sungai Bubus yang menerima RM300.
Manakala Dream Team A dan Gabungan SFI masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat. Kedua-dua pasukan menerima RM200.
Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Share |