Friday, July 3, 2009

Festival GATA Sipitang 2009



PROMOSI…sambutan Festival Gasing dan Tamu Besar Sipitang (Gata) 2009 bakal diadakan akhir Julai ini, namun promosi mengenai festival itu telahpun dimulakan.
Antara usaha mempromosikan Gata 2009 termasuklah mempamerkannya pada papan-papan tanda untuk memaklumkan kepada masyarakat umum mengenai festival itu pada 31 Julai hingga 2 Ogos.
Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad yang mencetuskan festival itu turut memberi sokongan kepada usaha yang dilakukan oleh jawatankuasa Gata 2009.
Kelihatan Sapawi bersama Pegawai Daerah Sipitang Abdul Wahap Abdul Hamid dan Setiausaha Festival Gata Sipitang merangkap Penolong Pegawai Daerah Sipitang Zulkiflee Ahmad serta jawatankuasa Festival Gata 2009 merakamkan kenangan bersama pada majlis perasmian papan tanda promosi Gata di Sipitang.
Share |