Tuesday, July 7, 2009

Papar dan Kestas B Sipitang Juara Bola Tampar & Sepak Takraw


TANGKAS...Libasan 'Killer' pemain Kestas B Sipitang
cuba dihadang oleh pemain pasukan belia kg Kuridah

JUARA...Sapawi merakamkan kenangan dengan pasukan Papar yang menjuarai pertandingan terbuka Bola Tampat Ahli Parlimen Sipitang.



BERBAKAT...Sapawi sedang melakukan servis Bola Tampar sempena acara sembolik pertandingan tersebut




CEMERLANG...pasukan Kestas B Sipitang muncul sebagai juara pertandingan sepak takraw sementara Papar pula menjuarai pertandingan bola tampar sempena Karnival Sukan Belia dan Perpaduan Terbuka Ahli Parlimen Sipitang bagi sukan bola tampar dan sepak takraw di Weston, Beaufort kelmarin.
Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad hadir bagi menyampaikan hadiah kepada pasukan yang berjaya mencatakan kemenangan.
Kestas B menjuarai sepak takraw dengan mengetepikan saingan Persatuan Belia Kg Kuridah dan Kestas C Sipitang yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
Bagi pertandingan bola tampar, pasukan Weston B gagal menyaingi kehebatan pasukan Papar apabila hanya mampu menduduki tempat kedua manakala Weston A pula menduduki tempat ketiga.
Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Pengerusi Persatuan Belia Pekan Weston Zainal Omar Ali dan Ketua Umno Zon Weston Ismail Kembar
Share |